Realtime website trackingweb stats

Pernah tak terfikir kenapa kucing selalu makan tak habis? Rupanya ini sebabnya..

Oleh ABDULLAH HAMID

Bagi pemilik kucing, anda mungkin pernah mengalami situasi di mana makanan yang diberikan kepada kucing

kadang-kadang tidak habis dan hanya dimakan pada bahagian tengah bekas makanan sahaja.

Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh seorang doktor haiwan di TikTok, perkara ini sebenarnya adalah sifat semula jadi kucing.

Menurut doktor haiwan tersebut, ini berlaku atas sebab-sebab tertentu di mana perut kucing

mempunyai saiz yang kecil dan tidak mampu menampung banyak makanan pada satu-satu masa.

Pernah tak terfikir kenapa kucing selalu makan tak habis? Rupanya ini sebabnya..

Beliau turut menyatakan bahawa misai kucing juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada tingkah laku ini,

kerana ia adalah bahagian yang sensitif dan kucing boleh merasa stres apabila misai mereka bergesel dengan mangkuk makanan.

“Baru saya faham mengapa kucing saya suka mengeluarkan makanannya dari mangkuk dan makan di lantai,” kata seorang netizen dalam komen.

BACA: Mak mertua tiba-tiba nak datang rumah, tapi rumah bersepah, ramai terlepas pandang 7 perkara ini