Kebijaksanaan orang Yahudi mempermainkan penduduk dunia termasuk masyarakat Islam memang terbukti apabila mereka menguasai bidang digital dan platform media.
Banyak jenama berkaitan dengan media dan hiburan adalah berhubung langsung mahupun tidak langsung dengan Israel yang rakus membunuh rakyat Palestin.
Perkongsian video kesedaran mengenai masalah ini oleh Abdullah Jamadi meraih lebih 112,000 tanda suka.
Menurutnya, ramai yang tidak nampak permainan Yahudi ini apabila kita menumpukan kempen boikot terhadap sektor makanan dan minuman (F&B).
“Sekarang ini memang mereka hendak kita fokus kepada F&B.
“Kalau hilang pun tak merugikan apa-apa kepada Yahudi. Dia hanya merugikan negara itu sahaja.
“F&B sebenarnya memberi sumbangan yang kecil. Kalau hilang pun tiada apa. Kecik sangat.
“Tapi kalau ini hilang, negara tak rugi. Yang ruginya, dia (Yahudi),” katanya.
Beliau menunjukkan senarai jenama yang didakwanya berkaitan Yahudi termasuklah penstriman Netflix dan perkhidmatan video atas permintaan (voo) over-the-top (OTT), Viu.
Abdullah Jamadi juga berkata pengiklanan dalam Facebook, Instagram, TikTok dan Google juga patut dihentikan.
Orang ramai juga patut berhenti menggunakan storage Iphone selain Intel dan Dell.
Malah, banyak produk kosmetik seperti Loreal dan Victoria tidak patut lagi digunakan bagi tujuan menekan Yahudi Israel supaya menghentikan pembunuhan di Palestin.
Untuk rekod, keganasan Israel di Palestin menyaksikan lebih 23,000 maut dan 60,000 lagi cedera termasuk hilang anggota tubuh.
Sudah 3 bulan genosid atau pembunuhan beramai-ramai berlaku di Palestin dengan ‘restu’ besar sekutu dari Amerika Syarikat (AS).
Setiap 7 minit seorang kanak-kanak di bumi para Nabi sudah terkorban manakala ribuan jasad lagi hilang di sebalik runtuhan bangunan.
Malah, punyalah gila Zionis Israel, pokok zaitun milik rakyat Palestin pun dibakar selain tanah-tanah perkuburan dibongkar musnahkan.
Pada 12 Januari pula, warga dunia terputus hubungan apabila telekomunikasi telah terputus di semua kawasan di Semenanjung Gaza!
@abdullahjamadi Kebijaksanaan orang yahudi mempermainkan kita. #abdullahjamadi ♬ Last Hope – Steve Ralph
Baca:
Bukan Chef Wan yang bayar gaji, rupanya hanya terlibat dalam kualiti makanan saja
Selepas lebih 3 tahun orang sibuk bertanya, ini sebabnya Uqasha Senrose sekarang gembira