Realtime website trackingweb stats

“Perlunya ada nilai toleransi” – Individu dedah rasa geram kereta ‘parking’ lama di petak isi minyak, rupanya cucuk duit di ATM

Oleh AHMAD ISMAIL

Terdapat pemandu yang seolah-olah tidak mempedulikan perasaan orang lain dengan membuat mereka menunggu lama hanya kerana dia mengambil wang di mesin ATM atau berbelanja terlebih dahulu ketika keretanya berada di petak pam petrol.

Luahan tidak puas hati seorang pemandu yang dikenali sebagai Akon Amshar di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini mengenai isu itu yang dialaminya petang semalam sedang menjadi perbualan hangat orang ramai.

“Aku rasa, kena buat undang-undang barulah untuk manusia bangang yang nak cucuk duit, tapi park kereta tempat isi minyak.

"Perlunya ada nilai toleransi" - Individu dedah rasa geram kereta 'parking' lama di petak isi minyak, rupanya cucuk duit di ATM

“Alasan dia, “Dah aku nak isi minyak, aku kenalah cucuk duit, tempat isi minyak banyak lagi, kau pergilah tempat lain kalau tak boleh tunggu!” Simpanlah sikit bangang tu kat anak cucu.

“Wah, aku cakap elok-elok, bini kau melenting. Lepas tu, bila aku melenting, kau cakap kenapa aku melenting.

“Fuhh. Menguji betul petang-petang ni. Siap genggam penumbuk tak tahan tu,” katanya dalam hantaran berserta gambar pemandu terbabit yang sedang mengisi minyak.

Kebanyakan komen menekankan keperluan untuk memiliki nilai toleransi dan kesedaran yang wajar atau berhemah, bukannya hanya memikirkan diri sendiri semasa berurusan di stesen minyak.

Bagi M K Fahmi Ismail, tidak menjadi masalah jika meletakkan kereta di petak pam minyak sementara hendak mengeluarkan duit dari mesin ATM di luar waktu sesak atau di kawasan yang tidak ramai.

“Tapi kalau kawasan tu sibuk, memang makan sumpah seranahlah. Lagi pula pagi-pagi orang lain kejar masa nak ke tempat kerja.

“Jadi, semua kena ada sikap toleransi. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul,” katanya.

Ramai orang juga berpendapat lebih baik untuk memindahkan kereta dari petak pam minyak dan meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang disediakan untuk melakukan pelbagai urusan di stesen minyak, kerana Islam mengajar kita untuk memudahkan orang, bukan menyusahkan.

“Nak keluar duit atau beli barang, masuk parking dulu, bagi jalan orang nak isi minyak, senangkan orang, dapat pahala.

Siapa tahu, dia sedang kejar masa,” kata seorang warganet.

Pada masa yang sama, sesetengah orang juga mencadangkan agar pengguna kenderaan di Malaysia mempelajari cara menggunakan sistem bayaran minyak secara atas talian melalui pelbagai aplikasi dan kaedah yang disediakan.

Mengisi minyak di mana-mana stesen Petronas dengan hanya satu sentuhan di aplikasi Setel, sebagai contoh, dapat menghematkan masa yang sebaliknya akan digunakan untuk beratur di mesin ATM dan kemudian beratur di kaunter sebelum kembali ke kereta untuk mengisi minyak.

Baca:

Lagu Siti yang 1 ini rupanya hasil teknologi Melayu kalis api dan peluru

Sebiji rasa dari lori, individu ini kongsi resipi lengkap bancuh air milo pekat

Ryan Bakeryn kongsi perjalanan hidup, guna platform media sosial kembangkan perniagaan selepas dibuang kerja