Realtime website trackingweb stats

Perit mental 10 tahun lalu masih menghantui – Pemuda ini dilema selepas tahu pembuli sedang nazak

Oleh ADINDA

Pastikan anak anda tidak menjadi mangsa buli apa lagi pembuli kerana pemuda ini buktinya masih mengalami perit mental diseksa jiwa 10 tahun lalu yang masih menghantuinya.

Individu berkenaan @adameji7 menerusi perkongsian kisah sedihnya di TikTok, ternyata mengalami gangguan fizikal dan emosi yang teruk akibat dibuli.

Dia memberitahu pembuli yang pernah membuli dirinya 10 tahun lalu di sekolah, sekarang sedang nazak.

“Saya ingin berkongsi pengalaman pahit ini untuk memberi kesedaran tentang impak yang boleh diberikan oleh tindakan buli.

“Saya cuba mencederakan diri sendiri kerana mahu menamatkan penderitaan kesan buli. Hampir setiap hari saya dibuli dia dan rakan-rakannya,” katanya.

Kini, Adam berdepan dengan dilema sama ada dia harus melawat pembuli itu yang dikhabarkan sedang nazak.

“Saya dengar dia sedang nazak sekarang. Bila ingat balik apa yang dia dah buat, saya jadi takut dan trauma,” jelasnya.

Tambah Adam, hatinya begitu berat untuk memaafkan dan melupakan perbuatan pembuli itu terhadapnya.

“Saya tidak tahu sama ada saya boleh mengawal emosi atau tidak. Ketika saya mahu merakam video ini, saya memikirkannya berkali-kali.

“Pengalaman saya dibuli amat memeritkan, tetapi nasib baik saya mempunyai keluarga dan rakan yang menyokong saya,” katanya.

Susulan itu, rata-rata warganet menasihatkan beliau supaya cukup hanya memaafkan dan tidak perlu berjumpa pembuli berkenaan.

“Jika awak fikir pergi melawatnya awak akan ingat semua kenangan pahit itu, lebih baik jangan pergi. Mental dan emosi awak lebih penting,” demikian antara pendapat netizen.

@adameji7 Apa pendapat korang? #fyp #fypdongggg #adameji7 #africanmalaysian #tiktokmalaysia #ilovemalaysia #malaysiatiktokers ♬ original sound – Adam Eji

Baca:

Amerika Syarikat rupanya ‘lagi Zionis’, lebih 37,000 bom bantu Israel serang Gaza

‘Mesti ada baru teringat baca doa makan’ – Aksi spontan remaja ini dapat pujian ramai

Hari tu viral jubah konvo USM, yang ni versi Harry Porter pulak