Realtime website trackingweb stats

Perempuan kalau ada 5 ‘benda’ ini bolehlah perasan cantik

Oleh SHAZLIN AZIZ

Wanita yang cantik dalam erti kata sebenar adalah yang kelihatan menawan walaupun tanpa mekap.

Ini disebut sebagai kecantikan semula jadi.

Biasanya, wanita yang memiliki kecantikan semula jadi ini mempunyai lima ciri berikut.

Jika anda memiliki kebanyakan ciri-ciri ini, mungkin anda juga boleh menganggap diri anda cantik:

1. Lesung Pipit

Perempuan kalau ada 5 'benda' ini bolehlah perasan cantik

Percaya atau tidak, wanita yang mempunyai lesung pipit di pipi sering dianggap cantik. Lesung pipit memberikan tambahan kecomelan, terutama ketika mereka tersenyum. Contoh yang baik adalah Wawa Zainal.

2. Bulu Kening Tebal

Sama seperti bulu mata lentik, ramai wanita yang menginginkan alis yang tebal dan gelap, hingga ada yang menggunakan celak. Tengok sahaja Elfira Loy yang cantik dengan alisnya.

3. Dagu Terbelah

Ini adalah ciri yang dianggap sebagai kekurangan namun memberikan daya tarikan unik. Pemilik dagu terbelah sering kelihatan lebih manis dan hensem ketika tersenyum. Datuk Siti Nurhaliza adalah salah seorang yang mempunyai dagu sebegini.

4. Gigi Tidak Tersusun

Walaupun tidak sempurna, gigi yang tidak tersusun sering membuatkan senyuman seseorang kelihatan lebih manis dan mereka juga kelihatan lebih muda. Penyanyi Mazuin Hamzah adalah contoh yang baik.

5. Bulu Mata Lentik

Bulu mata lentik adalah ciri yang ramai wanita idamkan, hingga ada yang memakai bulu mata palsu dan maskara untuk mencapainya. Ini menjadikan wanita kelihatan lebih cantik.

BACA: