Jangan ambil mudah perasaan cemas, gelisah, kerana ia boleh memudaratkan kesihatan kita.
Perasaan cemas dan tidak tenang dapat timbul disebabkan oleh pelbagai faktor.
Dengan itu, penting untuk mencari makanan yang kaya dengan nutrien untuk meningkatkan tahap kesihatan baik dan mengurangkan rasa gelisah.
Untuk itu, anda boleh mencuba enam jenis makanan di bawah ini:
1. Buah Beri
Buah beri (blueberry) mengandungi banyak antioksidan dan vitamin C. Buah ini diyakini dapat meningkatkan daya ingatan dan memberikan perlindungan terhadap penyakit demensia.
Ia juga mengandungi flavonoid, suatu jenis bahan yang sering terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang memberikan manfaat kesihatan.
Menurut Top Nutrition Coaching, Megan Hilbert, flavonoid yang terdapat dalam buah beri yang disebut antosianin telah terbukti mempengaruhi kesihatan otak dan mengurangkan keradangan saraf, yang berkaitan dengan rasa kegelisahan.
2. Coklat Hitam
Penyelidikan menunjukkan coklat hitam atau coklat gelap dapat meningkatkan suasana hati atau mengurangkan tekanan kerana mengandungi flavonoid.
Ia juga tinggi dalam triptofan, sejenis asid amino yang diperlukan untuk pengeluaran dan pemeliharaan protein dalam badan yang akan diubah menjadi neurotransmitter, meningkatkan suasana hati seperti serotonin dalam otak.
Coklat hitam juga mengandungi magnesium yang membantu mengurangkan kegelisahan, sama ada dimakan sebagai makanan atau makanan tambahan.
3. Telur
Kuning telur adalah sumber vitamin D yang baik dan sangat bermanfaat ketika diambil pada musim sejuk di mana matahari kurang terlihat.
Kekurangan vitamin D berkaitan dengan kebimbangan. Telur juga mengandungi serotonin, yang dikatakan dapat meningkatkan kemampuan otak dan mengurangkan tekanan.
4. Kunyit
Kunyit sering digunakan sebagai rempah dalam hidangan India.
Serbuk kunyit mengandungi curcumin, yang diyakini dapat mengurangkan kebimbangan dan keradangan.
Dalam satu kajian, disimpulkan bahawa hanya 1 gram curcumin sehari boleh membantu mengurangkan kegelisahan pada orang dewasa.
5. Kacang Brazil
Kacang Brazil mengandungi sejumlah besar selenium yang merupakan antioksidan lain.
Penyelidikan menunjukkan bahawa kacang Brazil boleh meningkatkan suasana hati dengan mengurangkan keradangan.
Namun, pengambilan berlebihan boleh membawa risiko. Oleh itu, individu dinasihatkan untuk tidak makan lebih daripada tiga atau empat kacang Brazil sehari.
Kacang Brazil juga adalah sumber vitamin E yang baik, yang terbukti dapat mengurangkan kegelisahan pada kanak-kanak.
6. Teh Chamomile
Chamomile adalah sejenis bunga yang sering digunakan dalam ubat herba dengan pelbagai manfaat.
Ia juga dikatakan dapat menenangkan minda, terutama ketika seseorang merasa sedih dan tertekan.
Menghirup bau aroma minyak chamomile juga merupakan cara semula jadi untuk mengurangkan kegelisahan dan tekanan serta membantu mengatasi masalah insomnia.
Baca:
Hantaran terbaru View Chin cetus spekulasi sudah peluk Islam dan berkahwin dengan Mira
Harga petrol di Malaysia lebih rendah berbanding Arab Saudi, ini sebabnya harga minyak tidak turun