Realtime website trackingweb stats

Penyanyi selamba tak bayar sewa rumah dan bil lebih RM6,000, pemilik rumah pula ‘disambut’ parang

Oleh FATIN AQILAH

Seorang pemilik kediaman di Kuala Lumpur sudah macam pengemis apabila penyewanya yang merupakan penyanyi era 1990-an selamba enggan menjelaskan sewa rumah dan bil utiliti mencecah lebih RM6,000.

Sepatutnya, 11 Oktober merupakan hari terakhir bagi penyanyi itu mengotakan janjinya untuk mengosongkan rumah sewa tersebut.

Selama ini, selebriti berkenaan rupanya tidak mempedulikan tunggakan sewa sebanyak RM3,600 dan bil utiliti mencecah RM2,770.

Selepas banyak kali pujukan dan laporan dibuat tidak diendahkan, pemilik kediaman tersebut, Liza Mohamad buat kesekian kalinya kembali bersemuka lagi dengan artis berkenaan pada 9 Oktober lalu.

Kali ini, beliau ditemani pegawai polis memandangkan pertemuan pada 18 September lalu telah ‘disambut’ dengan sebilah parang.

“Saya sudah minta secara baik supaya dia pindah, bukan terus lapor kepada polis kerana isu ini tercetus sejak tahun lalu lagi dengan beberapa siri pertemuan dan perbincangan.

“Apabila panggilan dan mesej tidak berjawab malah nombor saya disekat isterinya terutama selepas kunjungan kali terakhir seminggu selepas dia tunjuk parang, saya kena datang lagi.

“Bukan mahu mengganggunya, cuma ingin sampaikan lagi sekali permintaan supaya dia keluar segera. Kita bagi lagi tempoh tiga hari. Esok sepatutnya dia dah kosongkan rumah,” lapor Kosmo! Online.

Pemilik rumah pangsa itu berkata, dalam kunjungan tersebut pegawai polis menasihatinya kembali ke kereta agar mereka dapat berbincang dengan artis berusia 50-an berkenaan.

Kira-kira setengah jam juga polis berbincang dengan penyanyi tersebut di luar unit kediaman yang terletak di Setapak Indah itu.

Polis berkenaan memaklumkan individu popular terbabit meminta sedikit tempoh lagi.

“Harap dia berpegang kepada janji yang diluahkan secara lisan untuk berpindah selepas kita bagi masa tiga hari lagi.

“Saya juga akur dengan nasihat pegawai terbabit supaya tidak menghubungi atau bersemuka dengan artis itu sehingga esok. Ini ikhtiar akhir,” katanya lagi.

Sebelum ini, penyanyi itu didakwa pemilik kediaman memegang parang ketika wanita tersebut datang berbincang dengannya berhubung notis keluar rumah pada pertengahan September lalu.

Susulan itu, Liza, 46, membuat laporan polis kali ke empat, tetapi sehingga sekarang penyewanya masih belum berganjak dari rumah flet peninggalan Allahyarham suaminya itu.

Baca:

“Aku dah kaya tak perlu duit lelaki” – Ruhainies jawab tuduhan hanya kejar lelaki kaya

Siap ada grup Telegram tapi semua ahli ‘hantu’, cara licik ‘scammer’ ini mungkin ramai tak sangka

Rimas rambut gugur dan nipis, guna kiub limau purut bercampur santan saja, memang mudah