Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan kemarahan penyanyi rap, Zamaera, terhadap tindakan
Seorang anggota Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang menyerbu sebuah premis urut dan didakwa merakam dirinya ketika tidak berpakaian.
Premis Diserbu Ketika Sedang Berurut
Melalui hantaran video di TikTok oleh pengguna @al_boeboes, tangkap layar daripada InstaStory Zamaera
Memaparkan situasi di mana beberapa anggota MBSJ memasuki premis tersebut.
Zamaera menjelaskan bahawa ketika itu, dia sedang menjalani sesi urutan bersama seorang tukang urut wanita.
Namun, salah seorang anggota MBSJ dikatakan membuka tirai biliknya tanpa sebarang amaran, sambil merakam menggunakan telefon bimbit.
“Saya Zamaera, awak semua tahu siapa saya. Abang-abang ni datang periksa dan ada seorang anggota buka tirai tempat saya berurut sambil rakam video,” katanya dalam video tersebut.
Tiada Anggota Mengaku Merakam
@al_boeboesRaid masuk rumah urut berlesen, semua officer lelaki, selak2 tirai bilik sambil record. Bila tanye semua senyap, boleh plak tanye ape yg tak senonoh? Yg tak senonoh tu engkau la. Bawak la officer wanita.
Walaupun ditanya berkali-kali, tiada seorang pun anggota MBSJ yang mengaku telah mengambil video tersebut.
Zamaera kemudian mengugut untuk menularkan insiden itu di media sosial.
“Saya pengguna sosial media, saya akan beri kepada semua media. Baik mengaku sekarang, siapa yang ambil video?
Kenapa awak semua diam? Bukankah tugas anda menjaga kebajikan orang ramai? Kenapa buat perkara tidak senonoh?
” ujarnya dengan nada marah.
Luahan Kecewa di Media Sosial
Dalam kapsyen yang dimuat naik, Zamaera meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan anggota MBSJ tersebut. Beliau turut menyatakan:
“Saya sedang berurut dengan tukang urut wanita, tiba-tiba 10 hingga 15 anggota MBSJ datang menyerbu dan merakam saya serta pelanggan lain yang tidak berpakaian. Mereka mendakwa ini sebahagian SOP operasi mereka.
“Ini ke cara kita menjalankan tugas? Jijik dan memalukan!
Mereka cuba yakinkan saya tiada siapa rakam, tetapi saya nampak dengan jelas anggota itu sedang mengambil video.
Bila ditanya, semua senyap sebab malu dan tahu bersalah.”
Tindakan Susulan
Dalam perkongsian di Instagram, Zamaera menjelaskan insiden tersebut dengan lebih terperinci.
Beliau juga memaklumkan telah membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut untuk tindakan lanjut.
Tindakan anggota MBSJ ini mendapat kecaman hebat daripada netizen, yang menyifatkan perbuatan tersebut tidak profesional dan melanggar hak privasi pelanggan.
Ramai yang berharap pihak berkuasa menyiasat insiden ini dengan serius dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.
BACA: Rupanya ini sebab kenapa beg ikea warna biru bukan warna pink