Realtime website trackingweb stats

Penumpang wanita tinggalkan nota kepada pilot, mesej yang disampaikan menceriakan seluruh kru kabin

Oleh FATIN AQILAH

Sekeping nota yang dikirim oleh seorang penumpang semasa penerbangan Malaysia Airlines telah memperoleh sambutan istimewa daripada kapten penerbangan yang bertugas pada waktu itu.

Penumpang yang duduk di tempat 18D telah mengungkapkan rasa syukur atas kejayaan kapten dalam mengendalikan pesawat dengan baik, walaupun dalam keadaan cuaca buruk.

“Saya mempunyai fobia yang sangat teruk terhadap ribut dan saya sangat menghargainya,” kata penumpang itu.

Melalui perkongsian Malaysia Airlines di Facebook, nota itu mendapat balasan istimewa daripada Kapten Paul Lau yang mengucapkan terima kasih kepada penumpang pesawat MH2522 dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak pada 6 Oktober yang lalu.

Penumpang wanita tinggalkan nota kepada pilot, mesej yang disampaikan menceriakan seluruh kru kabin

“Nota anda telah menceriakan hari kami dan memberi inspirasi kepada kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang kami.

“Saya juga ingin memohon maaf kerana tanda tali pinggang keledar dihidupkan pada kebanyakan masa disebabkan cuaca buruk. Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anda lagi,” tulis Kapten Paul.

Baca:

Siti Nurhaliza pun risau nasib anak-anak Gaza, rupanya penyanyi hebat ini tubuhkan sekolah di Palestin

“Adakah nak balas dendam?”- kaunselor tegur sikap Puteri Sarah berlebihan kacau Ira Kazar

Heboh sindiket perhamba rakyat Malaysia di Peru, rupanya dua wanita ini jadi penyelamat