Penumpang wanita ‘lesap’ depan tanah perkuburan, pemandu Grab tergamam! Bayangkan anda memandu seorang penumpang wanita di waktu malam, tiba-tiba dia hilang sebaik tiba di hadapan… tanah perkuburan. Itulah detik mencemaskan yang dialami seorang pemandu e-hailing Grab di Banyumas, Jawa Tengah, baru-baru ini.
Misi Penghantaran Bertukar Mimpi Ngeri
Kejadian menyeramkan itu berlaku kira-kira jam 1.05 pagi, apabila pemandu terbabit menerima tempahan untuk menghantar seorang wanita ke sebuah lokasi di kawasan MI Kedungwringin, Patikraja — yang rupa-rupanya merupakan sebuah tanah perkuburan.
Dalam video yang kini tular di TikTok, kereta Grab tersebut dirakam memasuki lorong sempit dan gelap menuju ke kawasan sunyi. Suasana yang suram jelas menimbulkan rasa tidak sedap hati.
Hilang Secara Misteri!
Sebaik tiba di hadapan pagar kubur, pemandu itu dikatakan menoleh ke belakang untuk memberitahu penumpangnya bahawa mereka telah sampai. Namun alangkah terkejutnya dia apabila tempat duduk belakang kosong — wanita itu hilang begitu sahaja!
Ketakutan mula menyelubungi diri. Ketika dia masih terkejut, sekumpulan penduduk ronda malam menghampiri kenderaan tersebut untuk bertanya apa yang berlaku.
Bukan Kali Pertama?
Menurut seorang penduduk, Wulung, 43, ini bukan kejadian pelik yang pertama berlaku di situ.
“Dah tiga kali kejadian serupa berlaku dalam masa seminggu. Semua pemandu sesat dan akhirnya sampai depan kawasan kubur selepas tengah malam,” katanya kepada media tempatan.
Penduduk lain, Wahyu, 45, turut mengesahkan bahawa mereka melihat kenderaan Grab itu berhenti dalam keadaan mencurigakan.
“Kami dekati kereta itu dan nampak pemandunya seperti bingung dan takut. Dia kata penumpang tiba-tiba hilang,” jelasnya.
BACA JUGA :
“Buat apa nak malu, rezeki” Danny X-Factor tak segan kerja sebagai pemandu Grab
Untung berkali ganda, sikap tamak peniaga ‘mark up’ harga nasi di aplikasi Grab raih perhatian