Realtime website trackingweb stats

Penternak babi Pulau Pinang dapat RM6 juta, rupanya pasal ini dapat pampasan

Oleh ABDULLAH HAMID

Terdapat 20 penternak babi di Pulau Pinang yang sudah menerima bayaran pampasan sekitar RM6.026 juta selepas ternakan mereka terpaksa dilupuskan selepas dijangkiti virus Demam Babi Afrika (ASF).

Dalam peristiwa tahun lalu itu, kesemua penternak terbabit di daerah Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah mendakwa kerugian hampir RM30 juta.

Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr Saira Banu Mohamed Rejab, berkata pelupusan perlu dibuat selain meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan ASF tidak merebak ke ladang lain.

Penternak babi Pulau Pinang dapat RM6 juta, rupanya pasal ini dapat pampasan

“ASF mula dikesan pada 3 Januari 2023 dan kes terakhir yang direkodkan adalah pada 15 Mac tahun lalu.

“Sepanjang tempoh itu, 27,344 babi dianggarkan bernilai lebih RM29 juta dilupuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung Laporan Pencapaian Penguatkuasaan di Bawah Perundangan JPV Pulau Pinang bagi 2023 di Pejabat JPV negeri di Bukit Tengah, 31 Januari.

Tambahnya, ASF di Pulau Pinang tidak berlarutan terlalu lama berikutan kesedaran penternak dan penguatkuasaan JPV dalam membendung virus itu daripada merebak.

“Ketika ASF melanda, penternak mula mengetatkan biosekuriti ladang mereka.

“Dalam masa sama, JPV pula melakukan penguatkuasaan dengan membuat kawalan pemindahan babi ke rumah sembelihan hanya untuk yang ada permit.

“Bagi mereka yang didapati melakukan pemindahan tanpa kebenaran, tindakan rampasan diambil termasuk melucut hak di bawah bahagian perundangan,” katanya.

Jelasnya, selepas ASF berakhir, tiada lagi kes dicatatkan sehingga hari ini.

Walau bagaimanapun, katanya, JPV sentiasa melakukan pemantauan kerana bimbang ia berulang, terutama menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, Saira Banu berkata, tahun lalu, sebanyak tujuh kes pemindahan tanpa kebenaran dicatatkan.

Angka itu membabitkan 23 lembu dan kerbau serta 287 babi dengan penternak yang bersalah didenda RM26,000, manakala nilai dilucuthak RM100,600.

Tegasnya, sepanjang tahun lalu juga, sebanyak 34 kes dengan nilai kompaun berjumlah RM270,000 dikeluarkan terhadap penternak yang melanggar Enakmen Penternakan Babi 2020.

“Enakmen Penternakan Babi 2020 mula dikuatkuasakan pada 2021 dalam memastikan semua penternak menaiktaraf sistem kandang terbuka kepada tertutup,” kata Saira Banu lagi. Baca:

Jadi ketua negara ke-17, jom kenali sedikit sebanyak latar belakang Sultan Ibrahim

‘Tak gemar berfikir, hanya suka main game’ – Terkejut ibu ini semasa menemuduga remaja perempuan

Kongsi sarapan dengan kucing, pengarah yang sedang stres ini ‘healing’ jiwa