Terkadang, kejadian luar biasa yang tidak dapat dijelaskan oleh hukum sains boleh berlaku.
Melalui sebuah video yang menjadi viral di media sosial, seorang penjaga kubur menceritakan kisah yang sangat menakjubkan
Di mana jenazah yang digali semula masih berbau wangi walaupun telah meninggal dunia selama 16 tahun.
Menurut penggubah video yang dikenali sebagai Sukaidi, yang berusia 52 tahun, peristiwa itu berlaku pada 23 April lalu di Deli Serdang, wilayah Sumatera Utara, Indonesia.
Sukaidi menerangkan bahawa seorang jirannya telah meninggal dunia dan mereka bercadang untuk mengkebumikan jenazah tersebut di lokasi tersebut.
Namun, ketika mereka sedang menggali liang lahad, mereka terkejut apabila mendapati kain kafan yang terkeluar daripada tanah yang sepatutnya menjadi milik kubur di sebelah.
“Kami terkejut kerana kain kafan tersebut berbau wangi seperti bunga melati dan daun pandan.
“Padahal, dari maklumat di batu nisan, jenazah tersebut dikebumikan pada tahun 2008,” kata Sukaidi.
Atas penemuan yang mengejutkan itu, penjaga kubur tersebut memutuskan untuk menimbun semula jasad tersebut, sementara jenazah jiran Sukaidi dikuburkan di lokasi yang lain.