Peningkatan kes bunuh diri menakutkan

Oleh ADINDA

PKP memberi tekanan dahsyat kepada orang ramai

Pandemik COVID-19 memberi impak ketara ke atas kesihatan mental apabila jumlah kes bunuh diri sepanjang tahun lalu, meningkat kepada 631 kes berbanding 609 kes pada 2019.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 366 kes bunuh diri dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tiga bulan pertama tahun ini.

Beliau berkata, pandemik COVID-19 ternyata memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia.

“Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketika berada dalam keadaan stress (tekanan) yang melampau serta isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai.

Kehilangan punca pekerjaan dan pendapatan, hilang tempat bergantung, pergaduhan antara ahli keluarga, dan masalah rumahtangga (pertengkaran, perpisahan, penceraian), penderaan (emosi dan fizikal).

Ini antara masalah sosial yang memberi kesan emosi dan kesihatan mental masyarakat Malaysia sepanjang pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP.

122,328 panggilan diterima Talian Bantuan Sokongan Psikososial dari 1 Jan – 18 Jun 2021.

Hampir 90% panggilan tersebut berkait rapat isu-isu psikologi kesan daripada masalah sosial itu.

Semua orang terkesan
Ratu Rock negara, Ella Aminuddin meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes bunuh diri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kata Ella, selain penyumbang statistik utama melibatkan komuniti Melayu Islam, masalah kebimbangan dan kemurungan juga menjadi pembunuh senyap yang mendorong ke arah tindakan luar kawal.

Baru baru ini, Ella terbaca satu laporan berbentuk artikel yang agak menakutkan.

“Sebanyak 266 kematian berpunca dari bunuh diri direkodkan sepanjang tempoh Mac hingga Oktober tahun lepas (satu hari sorang)!

“60% penyumbang statistik adalah dari komuniti Melayu Islam. Anxiety and depression is real guys, likea silent killer,” kata Ella menerusi hantaran di Instagram.

Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Ramli Haji Din berkata, sebanyak 25 peratus daripada 266 kes bunuh diri berpunca daripada bebanan hutang yang tinggi, diikuti masalah keluarga (24 peratus) dan kes rumah tangga (23 peratus).

Menurutnya, selain tiga motif itu, bunuh diri atas faktor cinta turut mencatatkan 15 peratus dalam tempoh sama.

“Punca bunuh diri yang lain termasuk bebanan kerja, halusinasi, mental, media massa serta dadah pula direkodkan sebanyak 13 peratus,” katanya.

Inisiatif bantuanĀ 

Inisiatif KKM bagi menangani gejala tekanan yang dihadapi:

āœ… Khidmat kauseling oleh pegawai psikologi KKM dan Mercy Malaysia menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial

āœ… Kerjasama dengan kementerian dan agensi lain untuk talian bantuan seperti KSK Care oleh JAKIM dan Talian Kasih di bawah KPWKM

āœ… Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial atau MHPSS (Mental Health Psychosocial Support Service) di hospital dan klinik kesihatan untuk kumpulan sasar antaranya:

1ļøāƒ£ PUS yang dikuarantin di stesen
kuarantin dan di rumah.

2ļøāƒ£ Pesakit COVID-19 di hospital atau PKRC.

3ļøāƒ£ Petugas kesihatan di semua peringkat.

4ļøāƒ£ Ahli keluarga kepada individu yang meninggal dunia akibat COVID-19.

āœ… Menyediakan perkhidmatan psikiatri oleh pakar-pakar.