Terdapat cicak dan lipas di dalam rumah tidak hanya mengganggu para suri, tetapi juga menjadikan rumah kotor.
Najis cicak yang melekat lama di dinding atau lantai jubin sukar dibersihkan.
Lebih frustrasi apabila pelbagai cara untuk menghalang mereka tidak berkesan.
Bagi suri rumah yang kerap menghadapi masalah ini, anda boleh mengikuti teknik pembersihan yang dikongsikan oleh Wawa Fatimah.
Tidak hanya mudah, tetapi lipas dan cicak tidak lagi bersarang dan rumah akan sentiasa berbau harum.
Bahan-bahan:
1 sudu teh cuka
1 tutup pewangi pakaian
1/2 baldi air
Cara menyediakan:
1. Campur kesemua bahan tadi dan kacau sehingga sebati.
2. Ambil mop leper atau kain dan celup ke dalam baldi tadi.
3. Perah hingga kering air dan lap pada seluruh dinding rumah.
BACA:Â Posting tentang cari suami beriman disalah erti, ini penjelasan Nora Danish