Mesin basuh berfungsi untuk mencuci pakaian kita. Namun, ramai tak tahu sebenarnya mesin basuh pun ada penyelenggaraan,
ianya perlu dicuci secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan baik.
Jika tidak dibersihkan, ia boleh menyebabkan pakaian anda terkena kotoran seperti habuk dan kadang-kadang berbau tidak enak.
Syed Firdaus, seorang pengguna Facebook, telah berkongsi empat langkah mudah untuk mencuci mesin basuh di rumah anda.
Anda hanya perlu air dan satu bahan ‘magic’ iaitu kiub sabun pencuci mesin basuh.
Cara-cara:
1. Tadah air dalam dram mesin basuh sehingga penuh.
2. Masukkan kiub sabun pencuci mesin basuh. Sabun ini boleh dibeli secara dalam talian dan berharga kurang RM10.
3. Biarkan sabun itu terlarut di dalam air tadahan berkenaan selama satu malam.
4. Esoknya, tekan mode ‘wash’ pada mesin basuh.
Dengan cara ini, semua kotoran, habuk, dan keladak yang tersembunyi akan keluar dan terapung di atas permukaan air.
Anda boleh mengumpulkan semua kotoran tersebut menggunakan penapis, kemudian buangkan air kotor itu seperti biasa.
BACA: Bengang gaji tak dibayar KWSP pun tak dicarum, ini 6 langkah ajar majikan ‘confirm’ tak culas dah