“Orang asyik tanya kenapa aku masih single, penatlah! Ada cara untuk dapatkan kekasih dengan cepat tak?”
Mempunyai kekasih, buah hati, girlfriend, atau boyfriend adalah sesuatu yang normal dari zaman dahulu hingga kini.
Namun, menurut Gen Z, menjadi ‘single’ terutama bagi mereka yang cantik dan kacak seolah-olah tiada siapa yang berminat adalah satu perkara yang pelik!
Ubah diri menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi
Mungkin ramai di kalangan kita yang tergolong dalam kategori ‘introvert’, iaitu orang yang pemalu apabila berhadapan dengan orang baru.
Ini boleh menjadi masalah ketika berkenalan kerana anda akan bertambah pemalu. Oleh itu, berdirilah di hadapan cermin setiap hari dan bercakaplah dengan diri sendiri untuk melatih keyakinan.
Ubah cara pemakaian supaya lebih kemas, dan pasti ramai yang akan memandang.
Ikuti aliran, kekal sabar
Orang yang sabar biasanya akan beruntung, bukan? Oleh itu, kekalkan sikap sabar yang disukai oleh Rasulullah SAW supaya apa yang anda inginkan lebih mudah dicapai.
Jangan terlampau memaksa diri atau orang yang diminati untuk menerima perhubungan baru ini. Kekal sabar dan ikut aliran agar tidak kecewa dalam harapan.
Bersosial
Ini adalah cara paling mudah untuk bertemu calon jodoh, bukan hanya menunggu peluang datang. Jika anda hanya duduk di rumah tanpa mahu bersosial, bagaimana anda ingin bertemu orang baru?
Luangkan masa untuk menyertai aktiviti sosial seperti majlis hari jadi, kenduri, atau keluar bersama kawan-kawan. Mana tahu, anda mungkin akan bertemu seseorang yang menarik.
Buka peluang kepada orang ramai
Mungkin ramai yang menyukai anda dalam diam, tetapi jika hati anda tertutup rapat, bagaimana mereka boleh mendekati?
Penting untuk membuka peluang kepada orang lain untuk mengenali diri anda. Ini bukan sahaja untuk mencari jodoh, tetapi juga membantu anda berkawan dan membina hubungan yang lebih baik untuk masa depan.
Bersedia untuk memikul tanggungjawab
Mempunyai hubungan dengan seseorang bukan sekadar cinta. Anda perlu mempunyai tanggungjawab yang tinggi kerana ikatan ini mungkin berakhir dengan perkahwinan yang direstui agama.
Ingatlah, ikatan yang terjalin adalah tanggungjawab kita sebagai penjaga pasangan tersebut.
Pandai baca ‘body language’
Jika anda sudah melakukan langkah-langkah di atas tetapi masih tidak berjaya, mari kita belajar tentang bahasa badan.
Dengan mengenali bahasa badan seseorang, anda dapat tahu jika mereka berminat untuk berkawan atau tidak. Selain itu, anda juga perlu memberikan isyarat bahawa anda berminat dengan si dia.
Cari ‘orang pengantara’
Ada juga di kalangan kita yang mendapat pasangan bukan melalui usaha sendiri tetapi melalui orang pengantara.
Mungkin ada rakan atau ahli keluarga yang mencadangkan beberapa calon untuk anda berkenalan.
Gunakan kesempatan ini untuk mengambil langkah seterusnya! Anda juga boleh menggunakan orang pengantara untuk menyampaikan salam atau niat untuk berkenalan.
BACA: Rupanya motorsikal yang sama ragut nyawa abang mangsa kemalangan ngeri empat pelajar UiTM Dungun