Realtime website trackingweb stats

Peniaga minta orang ramai hati-hati, jangan terima duit RM100 dicucuk bawang putih

Oleh AHMAD ISMAIL

Sebahagian individu sanggup melakukan apa saja demi mencapai impian, termasuk menggunakan perkara seperti sihir.

Melalui hantaran viral, seorang pengamal perubatan Islam yang dikenali sebagai Ustaz Hazry

berkongsi pengalaman mengenai seorang peniaga yang dikatakan terkena sihir kerana jualannya sentiasa laris.

Ustaz Hazry menjelaskan bahawa akibat dari amalan sihir tersebut, perniagaan individu tersebut semakin merosot.

Kedai yang sebelum ini sentiasa ramai dengan pelanggan kini dikatakan sering tutup untuk cuti panjang tanpa sebab yang jelas.

Peniaga minta orang ramai hati-hati, jangan terima duit RM100 dicucuk bawang putih

Lebih lanjut, Ustaz Hazry menguatkan hujahan dengan menceritakan pengalaman pelanggan yang masuk kedai dan mengalami gangguan sehingga terasa seolah-olah barang di kedai habis dan kedai sentiasa tutup, padahal sebelum ini ia sentiasa dibuka.

Menurutnya, situasi ini adalah akibat sihir yang dilakukan oleh individu yang hasad dengki terhadap pemilik kedai tersebut.

Dalam rakaman video yang disertakan, diperlihatkan duit kertas bernilai RM100 yang dicucuk dengan bawang putih yang diisi dengan bahan kotor sehingga mengering dan busuk. Ini dikatakan sebagai salah satu bentuk sihir pelalau perniagaan.

Ustaz Hazry menasihati agar setiap kali hendak masuk kedai, perlu membaca bismillah atau selawat Nabi Yunus sebagai tindakan pencegahan.

Di ruangan komen, ramai yang mengongsi pengalaman serupa serta mencadangkan cara-cara untuk mengatasi sihir.

“Saya pernah alami situasi yang sama. Kedai saya sering dikatakan tutup padahal buka setiap hari. Sejak berubat dan mengamalkan doa, keadaan semakin pulih,” kata seorang pengguna.

Begitu juga, terdapat cadangan untuk membaca doa tertentu sebagai perlindungan daripada gangguan sihir ketika berurusan perniagaan.

BACA: Papan pemotong kusam pun boleh bersih macam baru beli, gosok dengan bahan ini pasti jadi