Realtime website trackingweb stats

Pengunjung yang menginap di Perak bakal dikenakan caj RM3

Oleh NUR KASIH

Mulai 1 Januari 2025, pengunjung yang menginap di Perak akan dikenakan Caj Perkhidmatan Tempatan (CPT) sebanyak RM3.

Memetik laporan Free Malaysia Today, caj baharu untuk setiap bilik penginapan bagi setiap malam itu diperkenalkan di bawah Enakmen Hotel 2023 diluluskan DUN tahun lalu.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata CPT merupakan

satu inisiatif tambahan bagi membantu kerajaan negeri memperbaiki mutu perkhidmatan di destinasi pelancongan di negeri tersebut.

“Caj seumpama ini telah dilaksanakan di beberapa negeri lain dengan pelbagai nama dan tafsiran berlainan.

Pengunjung yang menginap di Perak bakal dikenakan caj RM3

“Tarikh kuat kuasa pelaksanaan caj ini ditangguhkan ke 1 Jan 2025 bagi menghargai kedatangan pengunjung yang memeriahkan Tahun Melawat Perak 2024 sehingga hujung tahun ini,” katanya petik laporan itu lagi.

Tambahnya lagi, penyeragaman Lesen Hotel di bawah Enakmen Hotel 2023 akan dilaksana mulai 1 Julai ini.

Penyeragaman itu melibatkan semua pengendali hotel, rumah tumpangan termasuk pengusaha rumah rehat, tapak perkhemahan, chalet, rumah bot, inap desa dan tempat bermalam

atau penginapan lain yang mengenakan caj kepada pengunjung perlu mendapatkan lesen itu melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bagi memberikan tempoh mencukupi untuk sesi libat urus dan pendidikan kepada kumpulan sasar, kerajaan bersetuju memberikan tempoh pemutihan selama setahun sehingga 30 Jun 2025.

“Dalam tempoh ini, kita hanya beri nasihat kepada mereka dan tiada tindakan kompaun dikenakan ke atas pengusaha yang belum mendaftar dan memohon,” katanya.

Jelasnya lagi kadar bayaran lesen mengikut kategori itu tidak akan membebankan pengusaha di Perak.

BACA: Beli lain dapat lain, ini cara halus ‘ajar’ seller supaya hantar barang sebenar