Sehingga kini, nama selebriti internet iShowSpeed terus menjadi trending di media sosial susulan
jelajah Asia yang melibatkan Thailand, Indonesia, Malaysia, dan beberapa negara lain.
Terkenal dengan konten yang ‘tidak pernah nampak bijak’, seperti hampir tercekik biji durian dan membeli jam tiruan di Petaling Street
Dia disambut oleh generasi baharu bagaikan seorang hero ternama. Bahkan, kedai Uncle Roger terpaksa ditutup untuk mengelakkan kekecohan yang tidak terkawal.
Ramai yang berpendapat bahawa influencer dari Amerika ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak-anak muda di Malaysia.
Sehubungan itu, seorang cikgu Bahasa Melayu tampil meluahkan kebimbangannya terhadap generasi baharu.
“Saya sangat risau tentang masa depan generasi muda, masa depan negara kita. Anda adalah pemimpin masa depan negara?
“Saya ingin bertanya kepada semua generasi baharu yang berada di hadapan kedai Uncle Roger, apa yang anda fikirkan dalam minda anda?
“Dia adalah influencer, tetapi apakah sumbangannya kepada masyarakat? Kosong. Apakah sumbangannya kepada negara? Kosong. Apakah sumbangannya kepada kesejahteraan negara dan dunia? Kosong,” tegas Cikgu Anand dalam satu video TikTok.
Menurutnya, masyarakat yang mengagung-agungkan pelakon, hiburan, dan pelawak komedi adalah masyarakat yang tidak akan maju. Perkara ini terbukti melalui pengamatannya terhadap masyarakat India di negara India. Beliau berharap sikap sedemikian tidak dibawa ke Malaysia.
“Fokus kepada keluarga anda, masa depan anda, faham tak adik-adik?” ujar Cikgu Anand.
Menerusi komen-komen yang dikongsi warganet, ramai yang bersetuju dengan luahan Cikgu Bahasa Melayu itu. Apa yang dilakukan oleh generasi baharu tersebut memalukan imej negara di mata dunia.
BACA: Kedai hujung-hujung je tapi jumlah ‘sales’ Rotiboy KLCC sebulan bakal buat ramai terkejut