Realtime website trackingweb stats

Penganalisis dedah Toyota dan Perodua bakal keluarkan dua model SUV baharu

Oleh ADINDA

Pada bulan April tahun ini, pasaran kereta jenis SUV bahagian-B akan bertambah sibuk dengan kedatangan dua model baru iaitu Toyota Yaris Cross dan Perodua D66B.

Menurut seorang pakar analisis dari Kenanga Research, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz, Sime Darby akan meluaskan kehadirannya dalam pasaran kereta tempatan dengan menggunakan jenama Toyota dan Perodua untuk menjangkau pasaran tengah dan pasaran yang lebih mampu milik.

Ini akan berlaku selepas Sime Darby Bhd mengambil alih UMW Holdings Bhd (UMW Holdings).

Penganalisis dedah Toyota dan Perodua bakal keluarkan dua model SUV baharu

“Sime Darby berkemungkinan mendapat manfaat daripada pelancaran baharu Perodua D66B dan Toyota Yaris Cross yang dijangka diperkenalkan menjelang April ini,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Sehingga sekarang, Perodua dan Toyota masih belum memberikan sebarang maklumat rasmi tentang SUV itu.

Toyota Yaris Cross diperkenalkan pertama kali di Indonesia pada bulan Jun tahun lepas, dan ia merupakan SUV segmen-B yang dibina atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Jika di Indonesia, Yaris Cross versi standard dilengkapi dengan enjin 1.5 liter NA, sama seperti enjin yang terdapat pada Alza, Myvi facelift dan Vios.

SUV tersebut juga ditawarkan dalam versi 1.5L dengan sistem hibrid penuh sebagai versi paling atas untuk model itu.

Manakala untuk Perodua D66B yang akan datang ini, masih tiada maklumat butiran rasmi diumumkan, tetapi model yang sedang dibangunkan oleh Perodua itu dikatakan sebagai asas kepada Yaris Cross.

Kini pelbagai pihak telah menamakan SUV Perodua D66B ini sebagai Perodua Nexis selepas nama itu telah didaftarkan oleh Perodua di MyIPO.

SUV baharu Perodua ini dijangka akan menjadi model hibrid pertama yang ditawarkan oleh Perodua, seiring dengan pengumuman Perodua bahawa mereka akan memperkenalkan model hibrid pertama pada tahun 2024.

Baca:

Cara luar biasa goreng kacang tanah guna ‘gadget’ dapur ini, paling penting jimat masa

Netizen tergamam tengok DBKL sita Food truck halang laluan ramai

Tidak hairanlah sangkut ‘jammed’ selama 12 hari sejauh 100KM, rupanya negara ini pengeluar terbesar kenderaan