Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan sebuah masjid menyiarkan kuliah agama melalui pembesar suara
sehingga mengganggu penduduk di kawasan sekitar. Isu ini telah mendapat perhatian pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Menurut mereka, pihak berkuasa yang berkaitan perlu meneliti isu ini dengan berhati-hati
Dan mengambil tindakan yang tidak akan menimbulkan ketidakselesaan kepada masyarakat, lapor Utusan Malaysia.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Dr. Zulkifli Hasan, berkata pihaknya mempunyai beberapa agensi yang boleh memberikan panduan, termasuk mengenai penggunaan pembesar suara di masjid.
“Kami akan siasat dan semak perkara ini. Isu ini sudah ada pihak berkuasa yang mempunyai jentera untuk mengambil tindakan. Kami telah ada rangka kerja dan bidang kuasa untuk menangani perkara ini,” katanya.
“Kami tidak mahu isu ini mengganggu ketenteraman masyarakat. Insya-Allah, kami akan menanganinya dengan bijaksana,
sebaik mungkin, tanpa menimbulkan ketidakselesaan,” tambah Dr. Zulkifli ketika ditemui pada Program Madani Prihatin di Sekolah Rendah Islam Al-Amin baru-baru ini.
Sebelum ini, seorang pengguna X.com meluahkan rasa tidak puas hati mengenai sebuah masjid di Keramat, Kuala Lumpur yang kerap menyiarkan kuliah agama terlalu kuat melalui pembesar suara.
Menurutnya, dia telah membuat aduan melalui saluran yang betul sejak awal tahun lepas, namun hanya bertahan selama 2-3 minggu sebelum masjid tersebut kembali menyiarkan kuliah dengan kuat.