Realtime website trackingweb stats

Pendera budak bukan saja pengasuh, mengejutkan rupanya ada 1,504 kes ibu bapa dera anak sendiri

Oleh FATIN AQILAH

Ramai mungkin menyangka pengasuh atau pembantu rumah yang mendera budak. Namun, amat mengejutkan sebanyak 1,504 kes penderaan kanak-kanak dan remaja bawah umur dilakukan oleh ibu bapa.

Angka itu berdasarkan statistik terkumpul sejak 2018 hingga Jun lalu sekaligus jumlah kes tertinggi berkaitan penderaan budak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, secara keseluruhan, terdapat 3,264 kes dera diterima sepanjang tempoh tersebut.

Daripada jumlah itu, 2,148 kes dera membabitkan ahli keluarga mangsa sendiri dengan 1,504 kes dilakukan oleh ibu bapa sendiri.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 787 kes membabitkan bapa sebagai suspek manakala 717 kes direkodkan (suspek) ibu kepada mangsa.

Selain ahli keluarga, jelasnya, terdapat 1,116 kes penderaan dilapor membabitkan pengasuh, pembantu rumah, pasangan ibu bapa sama ada teman lelaki atau teman wanita, guru, majikan, suami pengasuh, penjaga dan lain-lain.

“Dari segi lingkungan umur, kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun merekod jumlah mangsa tertinggi dengan 1,484 mangsa iaitu 40 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Berdasarkan statistik mengikut negeri pula, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,236 kes daripada 3,233 kes dera dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan,” katanya dipetik Harian Metro.

Baca:

Penyelidik temui ciri-ciri unik orang malas bangun pagi, ada sesuatu yang positif pada pemikiran dan emosinya

Dah buang gedik, peminat mahu pula Kak Lina Pom Pom kembali, imej santun Elly M tetap menghiburkan

Tak perlu selenggara mesin pun, pemimpin ini perjelas mengapa pemansuhan caj DuitNow QR wajar