Dato Vida sangat popular kerana gaya penampilannya yang sangat menarik perhatian ramai.
Gaya penampilannya telah diwarisi oleh anaknya, Cik B, yang sentiasa kelihatan bergaya dan pernah menghabiskan lebih daripada RM1 juta dalam masa sebulan.
Baru-baru ini, Cik B menjadi tumpuan apabila berada di pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur dengan disertai oleh sekumpulan pengawal peribadi.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok @cikb_havoc, netizen membuat kiraan yang menunjukkan bahawa terdapat hampir 10 pengawal peribadi melindungi Cik B dari depan dan belakang.
Salah seorang daripada mereka bertugas membawa beg tangan dan barang-barang milik anak pengasas produk kosmetik Qu Puteh itu.
Video tersebut telah menarik perhatian ramai di media sosial, dengan ramai orang terpesona melihat gaya penampilannya.
“Ada gaya macam orang Korea. Gaya ‘big boss‘ macam Kim Jong Un.
“Bergaya macam Kenya West pun ya juga,” tulis komen netizen.
Walaupun sesetengah orang tidak setuju bahawa Cik B mempunyai begitu ramai pengawal, tetapi orang ramai berpendapat bahawa tindakan itu adalah salah satu cara bagi Cik B untuk berkongsi rezeki dan peluang pekerjaan kepada orang lain.
Dalam masa yang sama, Dato Vida memuji anaknya dengan menyatakan bahawa Cik B merupakan seorang anak yang hebat kepada ibunya.
Jutawan tersebut juga memuji resipi salmon skin yang dijual oleh Cik B, menyatakan bahawa ia memang sedap dan yang terbaik.
Sebelum ini, orang ramai juga terkejut apabila mengetahui bahawa satu set pakaian yang dipakai oleh Cik B semasa menghadiri satu acara bernilai setengah juta ringgit.
@cikb_havoc #CapCut i have a bodyguards but now need a lover😜 #onthisday #fyp #funny #cikb #bodyguard #tiktokmalaysia #starboy #tiktokmalaysia ♬ original sound – cikb_havoc66
Baca:
Rider mengeluh pendapatan makin teruk, ini nasihat orang ramai yang mungkin relevan untuk yang muda
Roti telur menu sarapan keluarga, sekejap je confirm habis
Amalan orang dulu – dulu, ketahui kebaikkan minum air rebusan daun pandan