Tidak dinafikan, penjagaan kulit muka memang penting dan memerlukan banyak langkah
Bukan apa, kadang kala ada juga yang dah mencuba bermacam-macam cara, tetapi muka masih juga tak bersih dan senang breakout. Ada yang sampai nak putus asa sebab jaga kulit.
Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi tips menjaga kulit muka dengan satu cara saja. Memang terbukti berkesan!
“Semua orang ingat skincare ni is all about produk yang kita guna pada kulit.
Yes betul but it’s not everything sebab banyak lagi faktor yang boleh affect kulit kita contohnya kebersihan, pemakanan, lifestyle dan cara cuci muka!” tulisnya.
Paling penting untuk jaga kulit muka ialah cara cuci muka
Tahu tak sebenarnya kulit kita perlu dibersihkan dengan cleanser selama 60 saat supaya ingredients dalam pencuci muka kita dapat serap ke dalam kulit.
Dalam 60 saat itu juga, cleanser dapat do its job to bersihkan permukaan kulit, buang segala kotoran dalam pori supaya kulit kita bersih untuk menyerap all the good skincare products yang kita guna.
Membersihkan muka terlalu sekejap akan meninggalkan pori kulit yang tidak bersih daripada kotoran yang masih tersekat sebab cleanser tidak dapat masa yang mencukupi untuk absorb ke dalam kulit serta membersihkan keseluruh permukaan skin kita.
Antara kesan kalau tak cuci muka dengan bersih:
– Kotoran yang tertinggal dalam skin kita boleh lead to breakout, dryness atau inflammation kerana bakteria yang masuk dalam pori akan menyebabkan jerawat terhasil apabila ia bercampur dengan sebum.
– Skincare yang kita apply after cleansing juga tidak dapat diserap sepenuhnya kedalam kulit sebab ada bekas kotoran yang menghalang ingredients untuk serap masuk yang akan membuatkan skincare produk kurang berkesan.