Pemuda guna MRT pergi kerja ini insaf dengan tindakan seorang wanita, bukti sebenarnya ada saja masa

Oleh FATIN AQILAH

Pemuda yang lazim menggunakan MRT untuk pergi ke tempat kerja ini mengaku insaf sejurus menyaksikan seorang penumpang wanita membaca al-Quran semasa berada di dalam tren.

Emir Haqim berkata, tindakan wanita itu menyebabkan dia sedar bahawa kita selalu tidak bersyukur dengan masa yang kita ada.

“Naik pengangkutan awam ini jadikan kita lebih bersyukur.

“Ada penumpang wanita yang duduk di sebelah saya membaca al-Quran menerusi telefonnya.

“Ada dalam 20 minit dia baca,” ceritanya dalam sedutan video yang tular.

Pemuda guna MRT pergi kerja ini insaf dengan tindakan seorang wanita, bukti sebenarnya ada saja masa

Menurut Emir, kadang kehidupan terasa bergerak terlalu laju sampaikan kita rasa tak ada masa nak buat banyak perkara.

“Takda masa nak tanya khabar mak ayah, takda masa nak cuba perkara baru sebab kita sibuk dan stres kerja.

“Sebenarnya masa tu ada dan mungkin apa yang kita tak buat itulah yang mungkin paling kita perlukan,” kata Emir lagi.

Baca:

Siap bangkit masa kerja separuh hari, ada yang iri hati dengan kenaikan gaji penjawat awam

Tak memilih kerja asalkan halal, Hafidz Roshdi akui lebih tenang semenjak buat ini

Cara masak rendang daging cili api berempah cara arwah nenek, makan dengan lemang memang ngam teruk