Realtime website trackingweb stats

Peminat air balang wajib baca, pendedahan ini buat netizen risau

Oleh ADINDA

Peminat air balang wajib baca, pendedahan ini buat netizen risau. Pada bulan Ramadan yang lalu, ada peniaga di bazar menjual air dalam akuarium dan baru-baru ini tular di media sosial ada peniaga yang menjual minuman dalam akuarium.

Hal itu telah menjadi bualan ramai dan juga mengundang kerisauan jika ia akan menjadi trend. Mana tidaknya, penggunaan akuarium kaca dan pam jenis plastik itu tidak menepati kriteria penyediaan dan penyimpanan makanan selamat seperti digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terbaharu, seorang pengguna Facebook telah berkongsi pendapatnya tentang penggunaan akuarium kaca berserta pam jenis plastik itu untuk penjualan air balang yang tular.

“Penggunaan bahan yang mengandungi silikon seperti BPA (bisfenol-A), BPS (bisfenol-S), ftalat, PVC (polivinil klorida), LDPE (polietilena ketumpatan rendah), PP (polipropilena), PS (polistirena), atau PC (polikarbonat) adalah tidak selamat.

“Balang dalam kategori gred makanan selamat diperbuat daripada plastik jenis PETE/PET (polietilena tereftalat) atau HDPE (polietilena ketumpatan tinggi). ‘Hanging filter’ di dalam gambar juga bukan diperbuat daripada bahan-bahan di atas,” jelasnya.

Tambahnya, semua bahan di atas tidak tergolong dalam kategori ‘food safe’ menjadikannya tidak selamat untuk penyediaan makanan.

Malah, penggunaan bahan selamat semasa berniaga sudah diketengahkan semasa menjalani kursus pengendalian makanan dan janganlah disebabkan mahu mengikut trend sehingga mengabaikan aspek keselamatan makanan.

Baca:

Siang dipaksa jual kismis, air bacaan al-quran, malam kena ‘selak kain’, pendedahan budak sekolah agama ini mengejutkan

Bangga tunjuk ‘surat cinta’ lepas buat aksi ‘terbang’, sekumpulan wanita cantik ini dedah pandai modified sendiri motosikal

Lebih 400 mati ‘termakan’ sembang Mackenzie, rupanya ini punca mereka termasuk budak sanggup berlapar