Realtime website trackingweb stats

Pemimpin UMNO dakwa Bersatu hanya kambing hitam Pas, elak malu kalah PRK

Oleh NURAIMAN

Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, menuduh PAS menjadikan Bersatu sebagai “kambing hitam”

selepas parti tersebut dipilih untuk mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota yang akan datang.

“DUN Mahkota merupakan kubu kuat Umno dan Pakatan Harapan (PH), yang sudah lama menjadi mimpi ngeri bagi PAS dan PN.

“Jadi, apa strategi mereka kali ini? Cara yang paling mudah dan selamat bagi PAS adalah dengan memberikan kerusi itu kepada Bersatu.

“Kononnya untuk menunjukkan kesepakatan dalam PN, tetapi sebenarnya PAS takut untuk bertanding.

Pemimpin UMNO dakwa Bersatu hanya kambing hitam Pas, elak malu kalah PRK

“Jika kalah nanti, PAS boleh lepas tangan. Sambil menyelam, minum air. Bersatu akan menanggung malu, sementara PAS akan selamat nama,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dua hari lalu, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, dilaporkan berkata bahawa PN memutuskan Bersatu akan bertanding dalam PRK Mahkota setelah mempertimbangkan bahawa kerusi itu sebelum ini milik Bersatu.

Susulan itu, PAS Johor menyatakan bahawa mereka akur dengan keputusan tersebut dan akan membantu calon Bersatu nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 September sebagai hari mengundi bagi PRK Mahkota, sementara penamaan calon dan hari mengundi awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September.

PRK Mahkota diadakan ekoran kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain, pada 2 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan mendakwa bahawa PAS membuat keputusan ini selepas kekalahan PN dalam PRK Nenggiri bulan lalu.

“PAS mungkin sudah kehilangan semangat untuk berjuang… Nak tambah koleksi kalah dua kali berturut-turut? Nampaknya PAS sudah tidak sanggup untuk dimalukan lagi,” katanya.

Dia juga mendakwa bahawa PAS pandai mempergunakan pihak lain demi kepentingan sendiri dan “pakar” dalam menjadikan pihak lain sebagai “kambing hitam”.

“Bersatu nampaknya rela sahaja menjadi buah catur (untuk PAS) dan tidak sedar bahawa PAS sering mempermainkan mereka.

“Atau mungkin Bersatu pun sudah tidak kisah, asalkan ada peranan, walaupun sekadar menjadi kambing hitam,” katanya lagi.

BACA: Menang emas, atlet Paralimpik sah jutawan, tapi ramai tak tahu berapa jurulatih pula dapat