Realtime website trackingweb stats

Pemilik restoran sotong cekik darah RM50 dah kena serbu,ini kata KPDN wajib peniaga lain baca

Oleh ADINDA

Pemilik premis menjual sotong manis dengan harga cekik darah RM50 seekor sudah pun dikenakan tindakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah.

Tindakan tersebut dikenakan selepas pihak restoran di Kota Kinabalu itu didapati meletakkan harga lauk yang mengelirukan dan tidak jelas kepada pelanggan.

Ini penjelasan Timbalan Pengarah KPDN Sabah Zulfamy Mat Udi yang wajib wajib peniaga lain ambil iktibar:

Premis tersebut ada menunjukkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk sotong manis.

Bagaimanapun, KPDN menasihatkan pemilik premis supaya memaklumkan harga dengan lebih jelas dari segi saiz sotong manis tersebut.

Sebagai contoh, berapa harga untuk sotong manis saiz kecil, sederhana dan besar. Penandaan harga lebih khusus ini untuk mengelakkan kekeliruan pengguna.

Premis terbabit dikenakan tindakan dan disiasat di bawah kesalahan Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana meletakkan harga mengelirukan serta tidak jelas.

Satu notis pengesahan maklumat barangan (NPMB) di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 bagi makanan sotong manis turut dikeluarkan kepada pemilik premis tersebut.

Notis itu bagi mendapatkan maklumat berhubung harga makanan tersebut dan diminta untuk memberi maklum balas dalam tempoh dua hari.

Tindakan diambil di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dan siasatan masih dijalankan sementara menunggu maklum balas daripada peniaga kepada KPDN Sabah.

Orang ramai dinasihatkan supaya bertanya terlebih dahulu kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan bagi mengelakkan masalah tersebut berlaku.

Baca:

‘Gula itu tenaga…’ – Penjual air balang susu ini ‘bantu’ orang ramai cepat potong kaki

Ramai rupanya tertipu dengan pempengaruh ini, netizen diajak benam akaun scammer

Tahniah! Sekali Malaysia ambil tindakan berani terhadap Israel, ini baru betul