Realtime website trackingweb stats

Pemilik kereta honda city kongsi sebab lebih 20 tahun parkir masuk kepala dulu

Oleh FATIN AQILAH

Parkir mengundur merupakan cara yang memudahkan pemandu untuk keluar dari kawasan letak kereta dengan mudah.

Namun, ada satu kisah menarik di mana seorang penghuni kawasan perumahan melakukan sesuatu yang berbeza

Daripada penduduk lain, yang telah mencuri perhatian netizen.

Menerusi video TikTok @zamal_jiwamalaikat, terdapat sebuah kereta Honda yang tidak diletakkan dalam keadaan parkir mengundur seperti kereta-kereta lain.

Apabila ditanya mengapa pemilik Honda City itu berbuat demikian, jawapannya membuat orang ramai kagum dan menghormati keperibadiannya yang tinggi.

Pemilik kereta honda city kongsi sebab lebih 20 tahun parkir masuk kepala dulu

β€œBila tanya kenapa, dia menjawab dia tidak mahu asap karbon monoksida bila hidupkan enjin kereta masuk ke dalam rumah jiran-jirannya,” kata TikTok @zamal_jiwamalaikat.

@zamal_jiwamalaikat kekadang Kita hanya nampak KEKURANGAN namun RUPANYA niatnya sangat baik WALAU sekecil INI di ambil berat dan Mari Kita doakan agar EMPUNYA niat ITU di mudahkan urusan dan dilimpahkan REZEKI YG TAK putus dari ALLAH SWT. #kerenah #jiran #perihatin #JIWAMALAIKAT #AKADEMITTSOCIETY @AB ANUAR @AKMA ALEE ….. @YUZARUL @mohamadhalimhusna @mokhtarabubakar2 @CIKUN πŸ†ƒπŸ†‚πŸ…² @kayazlee @mfaqahah ♬ original sound – JIWA MALAIKAT

Ramai warganet memuji kebiasaan pemilik Honda itu selama 20 tahun berada di kawasan perumahan tersebut.

Orang ramai mendoakan kesejahteraan buat pemilik Honda City kerana mempunyai common sense yang tinggi terhadap jiran-jiran yang tinggal di tingkat bawah. Dalam masa sama, warganet berharap sedikit-sebanyak ia dapat mengajar masyarakat untuk meletakkan kenderaan mengikut kesesuaian waktu dan lokasi setempat.