Realtime website trackingweb stats

Pemilik hotel beri tips macam mana tandas di rumah boleh wangi macam hotel!

Oleh ARIF ABDULLAH

Tandas di hotel sering dijadikan penanda aras bagi keselesaan, kebersihan, dan keharumannya.

Antara perkara yang sering dikagumi oleh ramai adalah bau harum yang berterusan di kebanyakan tandas hotel.

Melalui sebuah hantaran di TikTok, seorang lelaki yang dikenali sebagai Lulusta berkongsi

cara untuk menjadikan tandas di rumah berbau harum, sama seperti di hotel.

“Aku belajar tip ini daripada kawan aku yang merupakan pemilik hotel,” ujar Lulusta.

Pemilik hotel beri tips macam mana tandas di rumah boleh wangi macam hotel!

Berikut adalah cara mudah yang boleh anda cuba untuk mewangikan tandas rumah!

*Bahan-bahan yang diperlukan:*
1. Beras
2. Bekas kosong
3. Pati minyak wangi berbau limau (essential oil)

*Langkah-langkah:*
1. Masukkan beras ke dalam bekas kosong hingga hampir penuh.
2. Titiskan pati minyak wangi di atas beras sehingga baunya dapat dihidu.
3. Jangan tutup bekas tersebut, biarkan terbuka dan letakkan di tempat yang sesuai dalam tandas. Siap!

Dengan cara ini, tandas anda akan kekal harum antara empat hingga enam bulan. Petua ini berfungsi kerana pati minyak wangi yang dititiskan akan melekat pada butir beras dan perlahan-lahan mengeluarkan bau wangi ke udara.

Di ruangan komen, ramai pengguna TikTok yang teruja dengan perkongsian Lulusta. Ada yang mengatakan, “Akhirnya jumpa cara untuk bagi tandas harum lama. Kalau guna pewangi biasa, beberapa minggu lepas tu mesti hilang aromanya.”

Dengan petua ini, tandas rumah anda akan sentiasa harum dan menyegarkan, seakan berada di hotel!

BACA: Shuib teruk dikecam netizen selepas sifatkan culas bayar caruman Perkeso sebagai ujian berniaga