Realtime website trackingweb stats

Pemain piano Malaysia ini tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta buat ramai terbeliak mata

Oleh ADINDA

Pemain piano Malaysia ini tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta buat ramai terbeliak mata. Seorang pemain piano wanita terkenal Malaysia secara tak sengaja menunjukkan akaun banknya dengan jumlah simpanan RM40 juta ketika cuba mendedahkan berlaku penolakan RM28 misteri dari akaun banknya.

Pemain piano terkenal Malaysia, Cathryn Li, menjadi tumpuan di media sosial apabila dia secara tidak sengaja menunjukkan duit simpanan di dalam akaun bank miliknya lebih RM40 juta.

Cathryn yang pada awalnya hanya ingin berkongsi mengenai penolakan duit yang dialami sebanyak RM28, sebaliknya mengejutkan orang ramai dengan pendedahan tersebut.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story Cathryn, dia memuat naik satu tangkap layar penyata bank bagi menjelaskan potongan duit dipercayai dibuat tanpa kebenaran.

Bagaimanapun, tanpa disedari, Cathryn secara tidak sengaja telah mendedahkan sebahagian hartanya apabila dia tidak menutup ruang baki yang berjumlah RM40,360,535.25.

Pemain piano Malaysia ini tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta buat ramai terbeliak mata

Tangkap layar penyata bank milik Cathryn yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Difahamkan, tangkap layar tersebut telah diturunkan selepas ia tular di laman media sosial baru-baru ini. Sehubungan itu, rata-rata ramai terkejut dan tidak menyangka dengan kekayaan dimiliki Cathryn meskipun dia baru berusia 33 tahun.

Cathryn yang dilahirkan di Malaysia turut dikenali sebagai seorang pelakon dan model terkenal mempunyai sebanyak 3 juta pengikut di Instagram.