Rata-rata peminat sukan badminton pastinya sedar bahawa terdapat segelintir pemain acara beregu yang selalu memberi isyarat tangan kepada pemain di bahagian belakang sebelum melakukan servis.
Persoalan berkenaan apakah maksud isyarat tangan tersebut semestinya pernah bermain di fikiran ramai.
Perkara tersebut ada didedahkan oleh jaguh pemain beregu campuran yang pernah mewakili negara
Di peringkat antarabangsa iaitu Goh Liu Ying menerusi satu rancangan yang disiarkan oleh Astro Arena.
Menurutnya, setiap sudut gelanggang terdapat nombor-nombor yang telah ditetapkan secara peribadi.
Contohnya, pada bahagian tengah gelanggang ialah nombor 1, bahagian belakang nombor 2, bahagian tepi 3 dan seterusnya.
https://x.com/pluralpictures/status/1442448589838381057?s=20
Walaupun begitu, beliau menyatakan bahawa setiap nombor ini mungkin berbeza pada pasukan dari negara lain.
Isyarat nombor tersebut dibuat bagi membolehkan rakan sepasukan di bahagian belakang bersedia di tempat yang sepatutnya selepas pemain di hadapan melakukan servis.
Tambahnya lagi, isyarat tangan itu juga bertujuan untuk mengingatkan rakan sepasukan supaya bersedia membaca pergerakan lawan selepas pemain hadapan memutuskan untuk meletakkan bulu tangkis itu pada sudut tertentu dalam gelanggang.
BACA: Khairul Aming dedah sebab tidak beli kereta mewah ramai terkejut jawapanya