Kemalangan ngeri menimpa pelumba Supermoto negara di Sepanyol
Pelumba Supermoto negara, Khairulamirin Yahaya mengalami kecederaan patah tulang pelvis dan pendarahan dalaman selepas terbabit kemalangan ngeri ketika sesi latihan Kejuaraan Supermoto Sepanyol di Albaida, Sepanyol, pada 11 Jun lalu.
Pusingan Akhir perlumbaan Spanish Supermoto berakhir dengan kemalangan tragis melibatkan pelumba Supermoto Malaysia Khairulamirin Yahaya yang menyaksikan beliau tidak dapat beraksi dalam perlumbaan selama beberapa bulan kerana kecederaan patah tulang pelvis dan pendarahan dalam di bahagian arteri akibat dari kemalangan ngeri tersebut.
Kemalangan berlaku ketika sesi terakhir latihan bebas dimana Khairulamirin yang sedang beraksi hilang kawalan ke atas jentera. Kemalangan berlaku sangat pantas. Pasukan perubatan pantas memberikan bantuan kepada beliau sehingga beliau berada dalam keadaan stabil dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan termasuk pembedahan bagi memberhentikan pendarahan dalaman yang dialami beliau.
Beliau menunjukkan semangat yang luar biasa biarpun dengan kecederaan yang dialami di mana kini beliau fokus untuk kembali cergas bagi menghadapi perlumbaan yang seterusnya.
Khairulamirin diberikan rawatan terbaik oleh pasukan perubatan dan beliau berada dalam keadaan yang stabil. Isnin ini beliau dijadualkan menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang pelvis yang patah.
Kami rakyat Malaysia mendoakan beliau segera sembuh.