Realtime website trackingweb stats

Pelik kereta tiba-tiba rosak ketika singgah R&R, individu dedah siapa punya kerja ramai nak tahu

Oleh ADINDA

Kereta rosak di kawasan rehat dan rawat (R&R) bukanlah sesuatu yang pelik, tetapi ia boleh menimbulkan kebimbangan

jika berlaku secara tiba-tiba setelah beberapa minit anda meninggalkannya.

Bagi kebanyakan pemandu di lebuh raya, kawasan R&R adalah tempat singgah yang lazim untuk melepaskan penat,

memenuhi keperluan peribadi, atau sekadar makan selepas memandu lama.

Namun, masalah lain mungkin timbul apabila kereta yang diparkir di kawasan itu menjadi sasaran mereka yang mengambil kesempatan untuk merosakkan kenderaan orang lain.

Pelik kereta tiba-tiba rosak ketika singgah R&R, individu dedah siapa punya kerja ramai nak tahu

Begitulah kisah benar yang dikongsikan oleh sebuah laman Facebook baru-baru ini.

Menurut pencerita, terdapat satu modus operandi jahat yang terbaru telah dikesan berlaku di kawasan letak kenderaan R&R.

Perbuatan licik tersebut melibatkan individu yang menanggalkan skru minyak hitam dan minyak gearbox kenderaan orang awam.

Lebih teruk lagi, tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja merosakkan enjin kenderaan, tetapi juga menyebabkan pemilik kereta terpaksa menanggung kos pembaikan yang tinggi!

Modus Operandi Cabut Skru Kenderaan di R&R

Aduh, sekarang ini kita kena lebih berhati-hati apabila berhenti rehat di kawasan R&R.

Sudah ada kes di mana ada pihak yang mengambil kesempatan mencabut skru minyak hitam dan minyak gearbox kereta kita ketika kita sedang berehat!

Baru-baru ini ada satu lagi kes di mana dua skru kereta hilang, menyebabkan minyak hitam dan minyak gearbox bocor. Jika perkara ini tidak dikesan lebih awal, ia boleh menyebabkan kerosakan besar pada enjin.

Hal ini bukan perkara kecil, kerana jika minyak hitam atau minyak gearbox habis, enjin kereta boleh rosak teruk.

Sentiasa Periksa Kereta Ketika di R&R Sebelum Meneruskan Perjalanan

Kos membaiki kenderaan bukan murah! Jadi nasihat saya, jika anda meletakkan kenderaan di R&R, pastikan anda sentiasa memeriksa semula keadaan kereta sebelum meneruskan perjalanan.

Jika ada apa-apa yang pelik, segera bawa ke bengkel untuk diperiksa supaya masalah tidak menjadi lebih serius. Jadi, marilah kita berjaga-jaga antara satu sama lain.

Sebelum apa-apa berlaku, lebih baik ambil langkah berjaga-jaga. Jika anda rasa ada yang tidak kena dengan kereta selepas berhenti di R&R, jangan berlengah, terus buat pemeriksaan!

‘Stay safe’ semua!

BACA: Rupanya ini latarbelakang Tengku Natasya jadi pilihan Tengku Muhammad