Realtime website trackingweb stats

Pelancong tembok besar ‘complain’ makanan Singapura mahal dan tak sedap

Oleh NUR KASIH

Seorang pelancong China menyatakan bahawa dia tidak akan kembali melawat Singapura

kerana makanan di negara itu tidak sedap dan harganya pula mahal. lapor portal berita asiaone kelmarin.

Catatan itu dimuat naik pelancong berkenaan, Chan Xiaoyang di platform Xiaohongshu pada 18 Oktober lalu sebelum tular di media sosial.

Pelancong itu juga meluahkan rasa marah dalam hantarannya.

Dia berkata, Singapura adalah umpama padang pasir apabila berkaitan makanan yang enak.

Pelancong tembok besar ‘complain’ makanan Singapura mahal dan tak sedap

‘Expensive and tastes bad’: Chinese tourist complains about bad food experiences in Singapore

SEORANG pelancong China marah dengan harga makanan mahal di Singapura. – Foto Xiaohongshu/Chan Xiaoyang

Hantaran itu mendapat 158 ​​komen dan mengundang pelbagai reaksi dengan sesetengah netizen bersetuju adalah sukar untuk mencari makanan yang enak di Singapura.

“Sembilan daripada 10 tempat makan di Singapura tidak bagus,” kata seorang netizen.

Namun, sebilangan mereka mengulas bahawa Malaysia mempunyai makanan yang lebih sedap.

BACA: Siapa sangka minum air kosong terlalu banyak boleh membawa padah, ini kesan ramai tak tahu