Realtime website trackingweb stats

Pelancong asing beri amaran berhati-hati datang ke Malaysia, rupanya ini puncanya

Oleh NUR KASIH

Seorang pengguna media sosial baru-baru ini meminta pelancong asing untuk berhati-hati jika melawat Malaysia.

Sebabnya? Negara ini sangat mempesona hingga buat anda ingin kembali lagi walaupun sudah beberapa kali ke sini.

“Hati-hati, anda boleh ketagih dengan negara ini dan jenama penerbangan nasionalnya.

Melainkan anda mampu membeli tiket kapal terbang 2 atau 3 kali setahun,” tulis pengguna itu dalam nada jenaka.

Tulisan ini disertakan dengan pelbagai imej yang menggambarkan keindahan Malaysia, daripada pemandangan kota Kuala Lumpur sehinggalah pesawat Malaysia Airlines.

Pelancong asing beri amaran berhati-hati datang ke Malaysia, rupanya ini puncanya

Komen yang mengikuti catatan ini di laman Facebook Malaysia Travel itu menggambarkan betapa ramai orang yang telah ‘terperangkap’ dengan daya tarikan Malaysia.

“Lambat, kami dah ketagih, ini kali keempat tahun ini (melancong ke Malaysia),” kata seorang pengguna.

‘Ketagihan’ yang dikongsikan ini sebenarnya tidak menghairankan memandangkan Malaysia menawarkan lebih banyak lokasi menarik yang jauh daripada Kuala Lumpur.

Seperti yang dikatakan oleh seorang pengguna, “Malaysia bukan sekadar KL. Pelancong harus melawat bahagian lain di negara ini.”

Selain itu, tarikan utama Malaysia selain daripada lokasi adalah kepelbagaian masakan.

“Sila kembali jika anda terlepas sekurang-kurangnya satu daripada ini: Nasi lemak, Roti canai, sate, Ramly Burger, rendang…” tulis seorang warga Malaysia, menyenaraikan pelbagai hidangan.

Selain itu, Malaysia juga terkenal dengan rakyatnya yang mesra dan kemahiran berbahasa Inggeris yang baik, menjadikan negara ini destinasi mesra pelancong asing.

“Malaysia terkenal dengan layanan mesra, makanan yang lazat dan pulau-pulau yang indah. Kira-kira 70% penduduk boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Di bandar, ramai yang boleh bercakap dan menulis bahasa Inggeris,” kata salah satu komen.

Bukan itu sahaja, syarikat penerbangan Malaysia Airlines turut mendapat pujian.

“Menarik anda sebut syarikat penerbangan nasional Malaysia. Gembira anda menikmati Malaysia Airlines,” tulis pengguna lain.

Daripada komen yang muncul, jelas menunjukkan Malaysia menawarkan gabungan unik keindahan alam semula jadi, rakyat yang mesra, hidangan makanan yang lazat dan infrastruktur yang moden.

Semua ini membuatkan pelancong tempatan mahupun asing ketagih mahu menikmati masa-masa terluang di Malaysia.

BACA: Atas selamat, bawah macam sungai, tular video individu dedah lubang benam baharu di Jalan Raja Laut