Walaupun pelakon wanita ini pernah terlibat dalam dunia hiburan dan glamor, namun kehidupannya tidak menjanjikan kesenangan hingga ke akhir hayat.
Itulah yang dihadapi oleh pelakon wanita Sharisa Haris, yang pernah tercalon dalam top 5 Pelakon Drama TV Wanita
Terbaik di Anugerah Skrin 2014, kini terlibat dalam perniagaan menjual sate sebagai sumber pendapatan harian.
Sharisa pernah menulis beberapa skrip drama dan travelogue serta membintangi drama di bawah arahan pengarah terkenal, Budak Ijat.
“Dulu saya seorang pelakon drama dan filem dalam industri Malaysia.
Saya juga pernah menulis beberapa skrip drama dan travelogue. Drama terakhir yang saya lakonkan adalah ‘Adelle Sofea’ pada tahun 2019, arahan daripada pengarah yang saya sangat hormati, iaitu abang Ejat atau Shahrulezad Mohameddin,” katanya.
Dulu pernah tercalon dalam top 5 pelakon wanita terbaik Anugerah Skrin, kini tukang bakar satay
“Mungkin dulu orang mengenali saya kerana berlakon tetapi tidak begitu terkenal.
Sekarang, mungkin ramai yang tidak mengenali saya. Tetapi alhamdulillah, saya pernah tercalon dalam top 5 Pelakon Drama TV Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014,” tambahnya.
Pelakon itu berkongsi kisah hidupnya di laman TikTok dan turut menceritakan pengalamannya dalam dunia perniagaan makanan.
“Perjalanan saya dalam dunia f&b (makanan dan minuman) makin serius pada tahun 2017. Bermula sebagai seorang pembersih, kemudian diberi peluang sebagai pelayan dan kini dipercayakan sebagai juru bakar sate,” ujarnya.
“Inilah kisah saya dalam mencari rezeki. Saya ingin pesan kepada semua yang menonton video ini, jangan ragu dengan rezeki selepas anda berusaha dengan tekun,” tambahnya.
Antara drama yang pernah dibintangi oleh Sharisa adalah seperti Monalisa, Adellea Sofea, dan juga Aurora Aisyah.
Baca Juga:Patutlah tiada syarikat sabun berani claim 100% basmi kuman, ini sebabnya