Realtime website trackingweb stats

Pelajar tembus perut tertusuk buluh runcing bendera pilihan raya ditepi jalan

Oleh ADINDA

Pelajar tembus perut tertusuk buluh runcing bendera pilihan raya ditepi jalan.

Perut seorang pelajar tingkatan satu tembus dipercayai tertusuk buluh apabila motosikal yang ditungganginya terlanggar belakang trak pikap muatan bahan tersebut yang diparkir di tepi Jalan Gua Musang-Jeli di Jambatan Pulau Setelu.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Mohammad Ammar Hazriq Zuhan, 13, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara dikatakan mengalami kecederaan parah selepas tertusuk buluh berukuran dua meter sehingga menembusi perutnya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan untuk memancing dari rumahnya di Kampung Pulau Setelu.

“Setiba di lokasi kejadian, mangsa telah terlanggar belakang sebuah trak pikap dengan muatan buluh yang sedang diparkir di tepi jalan.

“Salah satu batang buluh berukuran dua meter telah tertikam menembusi perut pelajar terbabit,” katanya semasa dihubungi pada Rabu.

Menurut beliau, mangsa telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Dalam perkembangan lain, Choon Foo memberitahu pengguna jalan raya diingatkan supaya lebih berhati-hati semasa menjalankan kerja-kerja di laluan jalan raya dengan memberi isyarat secukupnya kepada pengguna yang lain.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi talian 099121222 019-9710976,” katanya.

Baca:

Angka korban di Hawaii terus bertambah, ribuan hilang, siapa sangka syurga pelancong ini dah jadi neraka

Tak payah pergi jauh, perhambaan moden ada di kilang Malaysia, pendedahan firma Amerika ini menggemparkan

Selepas dua tahun janggut dibela sudah 30 sentimeter panjang, wanita ini cipta rekod luar biasa