Realtime website trackingweb stats

Pekerja pembersihan hotel dedah benda yang ada dalam bilik penginapan buatkan anda lebih berhati-hati bila check-in

Oleh NUR KASIH

Wanita Bekas Housekeeping Hotel Kongsi Tips Rahsia Yang Berguna Buat Anda Kalau Nak Bermalam Di Hotel.

Biasanya bilik hotel akan dikemas oleh pekerja dalam jangka masa 30 minit atau kurang daripada itu.

Oleh itu, ada kemungkinan kebanyakan peralatan di hotel mungkin tidak sebersih yang anda jangkakan meskipun ianya kelihatan berkilat dan kemas.

Seorang Wanita bekas housekeeping Hotel berkongsikan beberapa rahsia dan tips jika mahu bermalam di hotel,

terutamanya jika anda wanita, pastikan anda tahu akan tips-tips dibawah ini.

Pekerja pembersihan hotel dedah benda yang ada dalam bilik penginapan buatkan anda lebih berhati-hati bila check-in

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Pekerja pembersihan hotel dedah benda yang ada dalam bilik penginapan buatkan anda lebih berhati-hati bila check-in

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja.

Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.sajagempak.com – Wanita Bekas Housekeeping Hotel Kongsi Tips Rahsia Yang Berguna Buat Anda Kalau Nak Bermalam Di Hotel

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas.

Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Promoted Content

Crypto Bot
Kuala Lumpur: Inilah cara seorang pelayan menjadi jutawan!
Ketahui Lanjut
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?

Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.

Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

5 rahsia ini hanya kakitangan hotel sahaja yang tahu. Jadi nanti bila anda bercuti lagi, pastikan anda bawa sendiri cawan anda dan gunakan air mineral untuk minum.

Gunakan tip praktikal ini supaya cuti yang sepatutnya menggembirakan tidak jadi mimpi ngeri.

1. Pilih Tingkat Yang Betul

Tingkat paling bawah adalah antara tingkat yang patut anda jauhi — terutamanya jika ia jauh dari lobi. Jika anda tidak dapat mengelak, minta agar diberi bilik yang pintunya menghadap kawasan dalaman hotel, dan bukannya menghadap jalan raya atau tempat letak kereta.

Ini kerana tingkat bawah merupakan sasaran mudah bagi mereka yang ingin memecah masuk ke bilik hotel anda.

Jauhi juga bilik-bilik di tingkat 6 dan ke atas kerana jika terjadi kebakaran besar, anda mungkin gagal diselamatkan. Ini kerana kebanyakan tangga bomba hanya boleh mencapai ke tingkat 5 atau 6 sahaja.

Bilik paling ideal adalah yang di tingkat 3 atau tingkat 4. Jika terjadi kebakaran, anda mudah diselamatkan. Bilik di sini juga tidak sepantas untuk di akses oleh penjenayah seperti di tingkat lebih rendah.

Syarikat-syarikat antarabangsa yang telah berpengalaman dengan krisis jenayah kebanyakannya mempunyai kontrak khas dengan hotel agar memberikan bilik di tingkat-tingkat ini untuk staff mereka.

2. Bawa Sendal Pintu

Alat keselamatan yang murah, ringan dan boleh dibeli di mana-mana. Benda mudah ini mungkin menjadi sebab anda selamat — tidak kiralah jika anda menginap di hotel 5 bintang atau hotel murah yang dibina di dalam bangunan rumah kedai.

Secanggih manapun sistem keselamatan hotel anda, ia boleh dipecah masuk tanpa meninggalkan kesan. Pilihan terbaik anda ialah gunakan dead-bolt di pintu bersama sendal pintu yang anda bawa sendiri dari rumah.

Setiap kali anda berada di bilik, selitkan sendal getah ini di bawah pintu bilik. Alat kecil dan murah ini akan menjadi penghalang terakhir jika penjenayah berjaya mematahkan semua sistem keselamatan yang dipasang di pintu bilik hotel.

Benda terakhir yang anda mahu terjadi ialah penjenayah memasuki bilik anda sewaktu anda sedang tidur.

3. Biarkan Televisyen dan Lampu Terpasang

Membazir? Mungkin tidak. Membiarkan televisyen dan lampu terpasang apabila anda keluar memberi tanggapan kepada penjenayah yang anda masih berada di dalam bilik.

Jika anda perlukan khidmat housekeeping sewaktu di luar, biarkan lampu dan televisyen terpasang, dan letakkan notis “Jangan Ganggu” atau “Do Not Disturb” di tombol pintu. Sebelum keluar, telefon ke lobi dan beritahu mereka yang bilik anda boleh dibersihkan seperti biasa.

sajagempak.com – Wanita Bekas Housekeeping Hotel Kongsi Tips Rahsia Yang Berguna Buat Anda Kalau Nak Bermalam Di Hotel

Ya, banyak hotel kini memerlukan keycard bilik diletakkan ke dalam slot kuasa di tepi pintu untuk memastikan sumber elektrik bilik anda terus terpasang. Jadi minta 2 kad bilik sewaktu anda mendaftar dan katakan ianya untuk teman sebilik yang mungkin datang kemudian.

Alternatif kedua ialah dengan menggunakan apa-apa kad lain yang sama saiz (seperti kad lama yang tidak diguna lagi) untuk dimasukkan ke slot itu (Nota: Helah ini mungkin berjaya untuk hotel dengan sistem lama sahaja).

4. Waspada dengan Kamera Tersembunyi

Pengesan kamera tersembunyi ini mungkin dapat menyelamatkan karier orang-orang politik di Malaysia

Sesiapa sahaja boleh menjadi sasaran kamera tersembunyi. Anda tidak perlu menjadi artis popular atau ahli politik — kerana sesiapa saja boleh menyorokkan kamera tersembunyi di bilik anda.

Sedar-sedar, rakaman di bilik hotel anda sudahpun ditonton rakan sekerja dan jutaan penonton di Youtube.

Kamera pengintip yang dahulunya hanya digunapakai oleh pihak berkuasa kini mudah dibeli di laman web dengan harga di bawah RM 100. Yang menakutkan ialah, kerana saiznya yang semakin kecil, kamera ini boleh disembunyikan di dalam lampu meja, kotak tisu, soket elektrik, pengesan asap, sehinggalah kepada objek kecil seperti pen.

Jika anda tidak mahu diri anda dirakam sewaktu di dalam bilik hotel, anda boleh membeli pengesan kamera tersembunyi yang ada di pasaran. Bergantung kepada jenis pengesan anda boleh mendapatkannya dengan kos di bawah harga RM 150.

5. Tips Untuk Barang Berharga

Sewaktu di bilik, pastikan barangan berharga seperti passport, wang atau dokumen penting tidak ditinggalkan. Tetapi jika anda terpaksa meninggalkannya, simpan atau sorok barangan anda. Antara caranya ialah menggunakan pita pelekat dan melekatkan dokumen itu di bawah laci meja atau tempat tersorok lainnya.

Pastikan juga laptop di simpan atau dikunci menggunakan kabel keselamatan jika anda meninggalkannya di bilik.

Jika anda mahu menyimpan barangan anda di peti besi bilik, uji peti besi itu terlebih dahulu. Ini kerana pihak hotel yang cuai kerap membiarkannya dengan password masterkey asal peti iaitu 000000. Untuk sesetengah hotel, dengan hanya menekan nombor tersebut, anda boleh menyebabkan pintu besi itu terbuka.

Jika ini terjadi, letakkan saja barangan anda di peti besi kaunter tetamu (untuk 3 bintang ke atas). Jika anda menghuni hotel bajet, anda perlu mencari alternatif lain.

Yang paling senang — jangan bawa barangan kesayangan anda sewaktu cuti.

6. Kenali Hotel Anda

Selepas check-in, ambil masa untuk cari tangga kecemasan. Jika terjadi kebakaran, anda tahu di mana tempat menyelamatkan diri.

Ambil juga beberapa minit untuk membiasakan diri anda dengan sistem telefon di bilik anda. Pastikan ianya berfungsi supaya anda dapat terus membuat panggilan kecemasan bila perlu.

Jika kunjungan kali pertama anda ke tempat letak kereta menakutkan anda (banyak hotel mempunyai tempat letak kereta yang gelap dan sunyi), gunakan valet parking. Ia mungkin agak mahal, tetapi ia lebih selamat, terutamanya jika anda seorang wanita dengan kereta mewah.

Jika terjadi sebarang kecurian, buat laporan polis kerana sesetengah barangan berharga yang dibeli dengan kad kredit mungkin dilindungi insuran.

7. Anda Wanita? Tips Tambahan

Pengembara wanita yang berseorangan lebih digemari oleh penjenayah. Jika anda menginap bersendirian, anda kena lebih berhati-hati kerana anda merupakan sasaran kegemaran penjenayah. Ini kerana kaum wanita kerap membawa barang kemas berharga, lebih mudah dilemahkan, dan menjadi bonus untuk penjenayah yang mempunyai motif seks.

Pastikan sewaktu anda diberi kunci bilik, tetamu lain tidak tahu akan nombor bilik anda. Sewaktu menaiki lif, pastikan juga anda tidak bersendirian dengan tetamu lelaki lain. Jika anda diserang di dalam lif, tekan semua butang lif agar lif berhenti dan terbuka di setiap tingkat.

Jika anda ada sebarang urusan peribadi, buat urusan di kawasan orang ramai seperti di lobi atau di restoran di luar hotel. Kebanyakan kes jenayah bunuh di hotel selalunya terjadi akibat pertengkaran yang tidak terkawal di dalam bilik.

Percutian bersama keluarga atau kerja di luar kawasan yang menyebabkan anda terpaksa menginap di hotel mungkin memenatkan. Tetapi apapun situasi anda, jaga keselamatan diri.

Kerapkali tetamu yang tidak diundang mungkin staff housekeeping yang mahu membersihkan bilik.

Tetapi pada masa yang sama, bilik anda juga mungkin diintai penjenayah tegar yang baru keluar 3 bulan dari penjara.Jangan ambil ringan keselamatan di bilik hotel.

Akhir kata, walau dimana pun anda berada dan menginap di hotel, jaga lah keselamatan sentiasa.

Tidak dinafikan memang ada hotel yang betul-betul memberikan layan dan servis yang bagus, hotel seperti ini selayaknya mendapat pujian. Oleh itu terpulanglah kepada kebijaksanaan anda untuk membuat pilihan yang tepat dan sesuai dengan anda.

BACA: Malaysia ikut jejak langkah Amerika turunkan kadar faedah? Ini jawapan pakar