Pejuang tidak akan hadir sidang parlimen

Oleh ADINDA

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan memboikot sidang Parlimen pada Julai ini sekiranya sesi perbahasan dan pembentangan usul tidak dibenarkan.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan itu dilakukan sekiranya kerajaan hanya bercadang mengadakan taklimat lisan di Parlimen.

“Kita nak tahu sama ada perbahasan atau tidak. Kalau ada perbahasan atau usul, kami akan hadir.

Dr Mahathir ketika sidang media secara maya pada Khamis.

“Kalau tidak ada, kami akan fikir sama ada akan hadir atau tidak. Itu kemudian, belum ada keputusan,” katanya dalam sidang akhbar secara maya pada Khamis.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ketua Pejuanita, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.

Dr Mahathir berkata, Pejuang mahu membawakan dua usul dalam Parlimen iaitu berkenaan darurat dan penubuhan Majlis Pemulihan Negara untuk melawan pandemik Covid-19.

Sebelum ini Pejuang mempunyai lima orang ahli parlimen dan seorang ahli Dewan Negara sebelum Dr. Maszlee Malik meninggalkannya

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan keperluan menghadiri sidang Parlimen sekiranya sekadar mendengar penjelasan kerajaan.

“Kalau kerajaan ingin memberitahu kepada Parlimen mengenai sesuatu perkara yang melanda negara, biasanya kerajaan menyediakan kertas putih yang boleh diberikan kepada ahli-ahli Parlimen.

Artikel Penuh