“Peguam Sebelah Kakinya Sudah Di Neraka” Dedah Peguam Kriminal

Oleh ADINDA

Sistem keadilan jenayah adalah sistem pentadbiran undang –undang yang merangkumi mengenalpasti, menangkap, mendakwa, menghukum dan memulihkan penjenayah untuk keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dan negara.

Antara komponen penting dalam pengadilan jenayah adalah seorang peguam kriminal. Orang ramai melihat kerjaya peguam ini nampak mewah dan segak. Ada pula yang mengatakan peguam ini menampah tempat ke neraka kerana membantu dan membela penjenayah untuk terlepas dari kesalaha yang dilakukan.

Kerap kali status kerjaya peguam jenayah menjadi persoalan yang bermain di kepala kita. Adakah mereka ini bersekongkol dengan penjenayah untuk melepaskan diri secara sah melalui proses perundangan? Apakah sistem perundangan kita sebegitu longgar sehinggakan peguam jenayah ini boleh melepaskan anak guam mereka yang dituduh dari kesalahan di mahkamah?

Benarlah menghukum sesuatu perkara merupakan satu tugas yang amat berat, lebih-lebih lagi jika ia melibat maruah dan diri seorang manusia.

Dengarkan pendedahan daripada seorang peguam kriminal Ariff Azami yang terkenal dengan blog Loyar Berjurus ini merubah pandangan anda terhadap kerjaya peguam jenayah yang seringkali dipandang negatif dalam masyarakat.

https://www.youtube.com/watch?v=ugB4Mesnh_g