Realtime website trackingweb stats

Peguam jelaskan kenapa Syamsul failkan cerai? Bukankah kuasa talak ada pada suami

Oleh FATIN AQILAH

Syamsul Yusof baru-baru ini telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar.

Ada yang mempertanyakan mengenai kuasa talak yang dimiliki oleh seorang suami apabila melihat situasi

Syamsul yang membuat permohonan cerai di mahkamah. Peguam syarie, Maisarah Mustafa, telah menjelaskan perkara ini.

Menurut Maisarah, jika lafaz cerai dibuat di luar mahkamah, suami mungkin dikenakan denda kerana ia dianggap sebagai jenayah syariah.

Selain itu, walaupun lafaz cerai dilakukan di luar mahkamah, suami tetap perlu memfailkan perceraian di mahkamah untuk mendapatkan pengesahan rasmi.

Peguam jelaskan kenapa Syamsul failkan cerai? Bukankah kuasa talak ada pada suami

Mahkamah akan menjalankan siasatan untuk memastikan bahawa lafaz cerai tersebut sah dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Walaupun kuasa talak berada di tangan suami, ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa mengikuti prosedur yang betul.

Untuk makluman, perbicaraan kes perceraian antara Syamsul Yusof dan Ira Kazar dijadualkan berlangsung pada Selasa depan.

BACA: Terpaksa tebuk tiga lubang diperut, rupanya Dato Awie menghidap penyakit ini