Realtime website trackingweb stats

Pegawai bank raih RM 2 juta dengan menyeleweng akaun pelanggan persis ‘one cent thief’

Oleh ARIF ABDULLAH

Polis masih menjalankan siasatan mengenai kehilangan lebih RM2 juta dari akaun simpanan yang melibatkan sebuah bank tempatan di Kuala Kangsar, Perak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf,

Berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengesan pemilik akaun bank serta ke mana wang yang dicuri telah dipindahkan.

“Walaupun suspek utama yang merupakan kakitangan bank tersebut telah meninggal dunia, siasatan tetap diteruskan.

Kami perlu memahami bagaimana sistem perbankan tersebut diceroboh dan memastikan kes ini tidak terbiar begitu sahaja,” katanya pada sidang akhbar di menara KPJ hari ini.

Pegawai bank raih RM 2 juta dengan menyeleweng akaun pelanggan persis 'one cent thief'

Pada 12 Julai lalu, Ramli dilaporkan berkata pihaknya sedang menyiasat kehilangan wang berjumlah lebih RM2 juta daripada dua akaun tetap di sebuah bank di Kuala Kangsar, Perak.

Pemilik akaun menyedari kehilangan tersebut ketika cuba melakukan pengeluaran dan mendapati wang mereka telah dikeluarkan dan akaun ditutup.

Siasatan dalaman bank mendapati salah seorang petugas mereka terlibat dalam pengeluaran wang tersebut. Malangnya, petugas tersebut ditemukan meninggal dunia pada 5 Julai yang lalu.

Dalam kes berasingan, Ramli juga memaklumkan mengenai satu penipuan menggunakan teknik phishing melalui tawaran pembelian barangan terpakai yang diiklankan di media sosial Facebook dengan nama ‘Eco Recycling’.

Menurutnya, mangsa yang ingin menjual barangan terpakai perlu mendaftar di aplikasi ‘Home Solution’ dan membayar deposit RM10 untuk menempah slot kutipan barangan.

“Mangsa kemudian akan dibawa ke laman web perbankan palsu untuk membuat pembayaran. Selepas memasukkan nama pengguna dan kata laluan, laman web tersebut tidak dapat diakses,” katanya.

Ramli menambah, pengguna hanya menyedari mereka telah ditipu selepas mendapati wang dari akaun mereka dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuan mereka.

“Sehingga Mei lepas, sebanyak sembilan laporan polis telah diterima dengan kerugian berjumlah RM243,693,” katanya.

BACA: Rupanya flat PKNS Kampung sungai baru leasehold tapi leasehold itu apa?