Realtime website trackingweb stats

Pedofilia memang gila lagi merosakkan, buruh paksa budak 8 tahun hantar gambar tak senonoh

Oleh ADINDA

Pedofilia memang gila lagi merosakkan, buruh paksa budak 8 tahun hantar gambar tak senonoh. Di Pangkalpinang, Indonesia, pihak berkuasa telah menahan seorang buruh kerana melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia 8 tahun.

Meminta gambar dan video tidak senonoh

Memetik laporan Detik News, Perbuatan terkutuk lelaki yang berusia 35 tahun tersebut terbongkar apabila ibu bapa salah seorang mangsa menemui perbualan mereka melalui telefon bimbit di aplikasi WhatsApp.

Berikutan daripada itu, pihak berkuasa segera siasat dan menangkap Soekarno di Desa Kace, Kabupaten Bangka.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Evry Susanto, telefon bimbit suspek telah dirampas dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat 11 foto bogel beserta video mangsa.

Difahamkan, Kanak-kanak tersebut dipaksa untuk menghantar gambar kemaluan dan payudara. Sebagai balasan, pelaku juga akan mengirimkan gambar dan video alat sulitnya kepada mangsa.

Setelah puas melayan nafsu serakahnya, pelaku akan menghapus nombor mereka agar tidak diketahui oleh isteri dan anaknya.

Baca:

Vida terpaling anggun pakai gaun kembang persis Little Mermaid, buat tulang rusuk lelaki bergetar

[VIDEO]Lelaki dengan nama terpanjang 38 suku kata, berbelit lidah nak sebut

Lelaki habiskan RM63,000 semata-mata nak jadi anjing, siap jalan-jalan di taman