Menjadi kelaziman mana-mana jenama sabun untuk menyatakan bahawa produk mereka hanya mampu basmi 99 peratus kuman dan bakteria.
Namun, pernahkah anda tertanya-tanya tentang baki satu peratus itu?
Mengapa sabun tidak membunuh 100 peratus kuman?
Berikut adalah penjelasan mengenai keberkesanan sabun dalam membasmi bakteria
Berdasarkan penjelasan dari Public Health Malaysia.
1. Bakteria Tahan
Terdapat beberapa jenis bakteria yang lebih tahan terhadap sabun biasa. Bakteria ini mungkin memerlukan disinfektan atau suhu yang lebih tinggi untuk dibunuh.
2. Bakteria Tidak Berbahaya
Kebanyakan bakteria yang mungkin masih ada setelah mencuci tangan biasanya tidak membahayakan kesihatan. Tubuh manusia mempunyai sistem imun yang berfungsi untuk mengawal dan mengekang jumlah bakteria tersebut.
3. Proses Pencucian
Sabun berfungsi dengan cara melarutkan membran lemak bakteria, membolehkan bakteria dibasuh keluar semasa proses mencuci. Namun, jika teknik mencuci tidak betul atau tidak cukup lama, ada kemungkinan masih terdapat bakteria yang tertinggal.
Sebenarnya, keberkesanan sabun juga bergantung kepada cara dan kekerapan penggunaannya. Untuk memastikan kebersihan yang optimum, penting untuk mencuci tangan selama sekurang-kurangnya 20 saat.
Dengan cara ini, kita dapat memastikan lebih banyak bakteria dibasmi, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan.
Maka, pernyataan melalui iklan tentang 99 peratus membasmi kuman adalah lebih tepat berdasarkan keberkesanan produk dalam konteks penggunaan harian.
Memahami bahawa tidak semua bakteria berbahaya adalah kunci dalam menjaga kebersihan dan kesihatan.
BACA: