Lalat sering menjadi gangguan bagi manusia, terutama ketika sedang makan atau berada di tempat yang kotor.
Selain itu, lalat juga dikenal sebagai pembawa pelbagai penyakit dan kuman yang berbahaya bagi kesihatan.
Ramai orang cuba menghalau atau memukul lalat yang hinggap di sekeliling mereka.
Namun, mengapa manusia begitu sukar untuk memukul lalat? Apa yang membuat lalat begitu lincah mengelak dari pukulan manusia?
Beberapa faktor menyebabkan manusia sukar memukul lalat.
1. Penglihatan Lalat yang ‘Super’: Lalat mempunyai mata majmuk yang terdiri daripada ribuan lensa kecil yang disebut ommatidia. Mata majmuk ini membolehkan lalat melihat 360 darjah sekali gus, menjadikan mereka dapat melihat apa sahaja yang berada di belakang mereka.
Mata lalat juga sangat peka terhadap pergerakan dengan melihat sehingga 300 gambar per saat, berbanding manusia yang hanya mampu melihat sekitar 60 gambar per saat. Lalat dapat bertindak pantas terhadap ancaman yang mendekatinya.
2. Gerak Refleks Lalat yang Cepat: Gerak refleks adalah gerakan tidak disengajakan atau automatik terhadap rangsangan. Pada lalat, gerak refleks berlaku tanpa melalui medula spinalis seperti pada manusia.
Hal ini membuat gerak refleks lalat menjadi lebih pantas dan efisien. Lalat dapat menggerakkan sayapnya hingga 200 kali per saat dan mengubah arah terbangnya dalam waktu kurang dari 0.1 saat.
3. Anatomi Tubuh Lalat yang Ringan & Fleksibel: Tubuh lalat yang ringan dan fleksibel memudahkan mereka untuk terbang dan bergerak dengan bebas.
Dengan enam kaki yang dapat digunakan untuk berjalan dan menempel pada permukaan, serta dua pasang sayap yang dapat mengubah sudut dan kecepatan dengan cepat, lalat dapat melakukan manuver yang rumit dan akurat.
Dengan kemampuan yang luar biasa ini, lalat dapat menghindari pukulan manusia dengan mudah. Namun, manusia dapat menggunakan alat bantu seperti kipas, raket elektrik, atau gam tikus untuk memukul lalat.
Lebih baik lagi, kita dapat mencegah kedatangan lalat dengan menjaga kebersihan di rumah dan tempat makan kita, sehingga kita terhindar dari gangguan dan penyakit yang dibawa oleh lalat.