Realtime website trackingweb stats

Patutlah sotong kecut ketika masak, rupanya ini ramai yang terlepas pandang ‘step’ ini

Oleh SHAZLIN AZIZ

Makanan akan lebih sedap apabila kelihatan segar selepas dimasak.

Namun, makanan laut seperti sotong sering mengecut dengan cepat apabila dimasak atau terkena panas.

Bagi penggemar hidangan sotong yang ingin pastikan sotong tetap segar dan tidak mengecut,

terdapat satu tip berguna yang dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Datin Siti melalui perkongsian di Facebook.

Menurut Datin Siti, langkah pertama adalah menyiang sotong, membuang isi perut dan tulangnya,

Patutlah sotong kecut ketika masak, rupanya ini ramai yang terlepas pandang 'step' ini

kemudian mencucinya bersih dengan air paip. Selepas itu, kepala sotong perlu dimasukkan semula ke dalam badannya.

Langkah seterusnya adalah merebus sotong bersama-sama dengan asam keping selama lima hingga lapan minit sahaja. Ini akan membantu mencegah sotong mengecut terlalu cepat semasa dimasak.

Pastikan untuk tidak merebus terlalu lama kerana sotong boleh menjadi liat. Setelah direbus, toskan air rebusan dan sotong siap untuk digunakan dalam hidangan anda.

Penting untuk diingat bahawa air rebusan sotong sebaiknya tidak digunakan semula kerana ia boleh menyebabkan hidangan mendapat bau dan rasa yang tidak diingini.

Sotong juga sebaiknya tidak dimasak terlalu lama kerana sudah separuh masak selepas proses direbus bersama asam keping ini. Jadi, cubalah tip ini untuk mendapatkan sotong yang lebih segar dan sedap. Selamat mencuba!

BACA: Ramai pemilik Proton Saga tak sedar ada fungsi tersembunyi yang dah lama ada