Tindakan seorang pemilik restoran yang mencuci pinggan dan mangkuk menggunakan air yang dipenuhi sampah telah mencetuskan kemarahan di media sosial.
Kejadian tersebut dirakam beberapa hari lalu dan dimuat naik di TikTok oleh akaun @noname_27277.
Video itu menunjukkan seorang wanita membersihkan pinggan, mangkuk, periuk, sudu, dan garfu tanpa menggunakan sabun.
Lebih mengejutkan, semua peralatan tersebut hanya dibilas dengan air sungai yang penuh dengan sampah.
Setelah selesai, wanita itu meletakkan peralatan yang dianggap ‘bersih’ di tempat lain, seolah-olah sudah siap untuk digunakan semula.
Rakaman itu telah menarik perhatian lebih 319,900 penonton, dengan ramai netizen meluahkan rasa jijik dan marah.
“Ini bukan air sungai keruh tetapi air sampah!” tulis seorang pengguna dengan nada geram.
“Ada ‘vitamin tambahan’ katanya,” sindir seorang lagi netizen.
Kejadian ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan mengenai kebersihan tetapi juga mencetuskan perdebatan mengenai kesedaran kesihatan di kalangan pengusaha makanan.
BACA: Mudah je rupanya buat karipap sardin, semua orang boleh buat, ini resepinya