Realtime website trackingweb stats

Patutlah duit tak cukup-cukup, rupanya ini kerja mak, sesal pun dah tak berguna

Oleh AHMAD ISMAIL

Jumlah mak saya kene ‘SCAM’ sebab terlalu pandai dan usaha untuk gali kubur sendiri ialah RM58,745.

Mintak tolong sedara mara, jiran atau kenalan, kalau umi nak pinjam lagi duit atau merayu-rayu nak pinjam duit lagi, tu atas risiko sendiri.

Kami adik beradik dah tidak mahu masuk campur dah.

Patutlah duit tak cukup-cukup, rupanya ini kerja mak, sesal pun dah tak berguna

Sejak saya bekerja di Johor dah 4 tahun ni, duit tiap-tiap bulan bagi RM1,000 tak pernah gagal, abang selalu bagi RM300-400 sebulan, kakak sulung selalu bagi RM500-600 ratus , tapi tidak tahu apa lagi yang tak cukup.

Ujian kami adik beradik agaknya, selalu sangat dah pesan jangan layan bukan-bukan kat telefon tu, tapi tak sangka, mak lebih percayakan orang luar, lepas kene tipu, bank in lagi , lagi dan lagi.

Harap ni jadi pengajaran untuk orang lain juga.

Sedih, marah, kecik hati pun ada dengan mak sendiri, nasihat anak-anak sikit pun tak nak percaya, bila dah jadi macam ni, anak-anak yang jadi mangsa kene langsaikan hutang.

Untuk pengajaran buat mak ayah dan anak-anak.

Saya dan suami Azreen Adam sudah pergi ke balai polis buat laporan, kami tahu duit yang hilang memang tidak akan dapat balik semula, tapi untuk bagi Umi sedar yang dia memang dah di scam.

Bila dah tanya betul-betul dan suami dah tengok satu-satu whatsapp chat. Jumlah kehilangan yang kami dapat senaraikan adalah:

1. Asb – RM20k
2. Emas – RM3.5k
3. Kwsp – RM35k
4. Amanah – RM4k
5. Hutang sedara – RM10k

Jumlah kehilangan = RM72.5k

Masuk je balai polis terus nampak paper board bagi warning pasal tipu pelaburan ni. Yang kami buat laporan hanya yang masih beresit, yang mak saya dah padam tak tahu dah.

Polis dah buat report tapi macam biasa, duit yang di scam memang tidak akan dapat semula.

Kecewa, marah , sedih , penat semua ada, tapi mak masih tidak sedar. Saya rasa saya dan suami dah settle bahagian kami.

Selebihnya kami serah pada Allah dan buat apa yg kami mampu lepas ni.

Minta tolong orang-orang kat luar sana biar lebih berhati-hati dan pantau mak ayah.

Rasa macam gagal sangat sebagai anak, doakan kami semoga rezeki makin bertambah dengan ujian ni.

Saya akan potong dan block nombor mak saya ni.

Facebook semua saya akan padam, saudara mara yang kenal, kalau nak contact umi, boleh mintak nombor pada saya, abang atau kakak saya Shazila Shari.

Semoga ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Terima kasih pada suami yang banyak tolong bercakap and tgok satu-satu whatsapp umi, tak tahu nk buat apa dah tanpa bantuan suami.

Doakan kami sekeluarga agar mudah semua urusan lepas ni.

Baca:

Mungkir janji! Noh hilang hak penjagaan anak selepas cerai, Mizz Nina rasa dikhianati

Influencer anak bekas pegawai tentera udara dikritik buat content bahaya

Polis trafik mintak RM100, saman trafik makin efisyen?- Netizen