Realtime website trackingweb stats

Patutlah air boleh bertakung dalam pintu kereta, ini 5 lubang yang ramai pemilik kereta tak perasan

Oleh ARIF ABDULLAH

Tahukah anda bahawa terdapat lima lubang saluran pada kebanyakan kereta yang sering

Dipenuhi dengan takungan air dan perlu dibersihkan atau dikeringkan?

Menurut perkongsian Brother Tong Car Knowledge di Instagram, adalah penting untuk membersihkan

lubang saliran secara berkala bagi mengelakkan masalah yang lebih besar di kemudian hari.

Bahagian bumbung (skyline) dan pintu kereta juga perlu dicuci secara berkala.

Patutlah air boleh bertakung dalam pintu kereta, ini 5 lubang yang ramai pemilik kereta tak perasan

Berikut adalah lima bahagian pada kebanyakan kenderaan yang perlu diperiksa:

1.Lubang saliran pintu kereta

Lubang saliran pintu kereta biasanya terletak di bahagian bawah pintu. Jika tidak dibersihkan secara berkala, ia boleh merosakkan komponen elektronik seperti pengangkat cermin dan pembesar suara.

2.Lubang saliran skyline (buka bumbung)

Pastikan tiada air memasuki kereta jenis skyline kerana bahagian dalamnya boleh menjadi lembap, berkulat, dan berbau busuk.

3.Lubang saliran penutup tangki minyak

Lubang saliran pada penutup tangki minyak perlu dibersihkan kerana air boleh mudah masuk ke dalam tangki minyak, yang boleh menyebabkan kenderaan mengalami masalah.

4.Lubang saliran but

Lubang saliran but biasanya terletak di bawah tayar ganti dan perlu dibersihkan jika dipenuhi dengan air.

5.Lubang saliran ruang enjin hadapan

Lubang saliran ini juga merupakan saluran masuk udara untuk penyaman udara kereta. Jika tidak dibersihkan dengan segera, bau busuk boleh masuk ke dalam kereta dan udara yang keluar daripada penyaman udara menjadi sangat tidak menyenangkan.

BACA: Alami sekatan ekonomi, rupanya ini cara Korea Utara jana kewangan negara